Semarak perpaduan, kebersamaan antara kaum

SERI KEMBANGAN – Majlis Penutupan Kempen Bulan Kebangsaan IKRAM 2021 yang yang disiarkan secara dalam talian pada Khamis, 16 September lalu berlangsung meriah dengan semangat cintakan negara.

 

“Selamat Hari Malaysia yang ke-58 kepada seluruh warga Malaysia. Hari ini adalah hari bersejarah, kita meraikan pembentukan Malaysia yang menjadi satu titik tanda sejarah dalam negara ini.” 

 

Timbalan Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham Baharin berkata demikian ketika memulakan ucapannya sempena majlis tersebut yang diserikan pembukaannya dengan video muzik lagu Selamanya Malaysia.

 

Beliau menyeru agar semua terus mendoakan agar Malaysia ini dilimpahi rahmat dan berkat Allah SWT dan semoga Malaysia akan menjadi negara yang maju dan progresif.

 

“Alhamdulillah, Kempen Bulan Kebangsaan 2021 dengan anjuran bersama Sinar Harian ini telah berlangsung dengan baik serta banyak program yang telah dilaksanakan sepanjang sebulan kempen ini, antaranya Kuiz Kemerdekaan, penghasilan video, lagu Selamanya Malaysia, Game Show Mania, pertandingan poster, pertandingan video pendek IKRAM Musleh,” ujarnya yang mana semua itu menurutnya menyemarakkan lagi kempen bulan kebangsaan ini.

 

Menerusi rekod analitik aplikasi Brand24, Badlishah berkata, kempen dengan tanda pagar #MerdekaBersama ini telah mencapai 2 juta capaian melalui media sosial dan bukan media sosial.

 

Bukan lahir dengan sendirinya

 

“Penyakit perkauman bukan lahir dengan sendirinya, tetapi ia diajar sedemikian rupa,” jelas Badlishah dengan memaklumkan bahawa video “Mak, Dah Siap!” yang dilancarkan IKRAM pada hujung bulan lepas bertujuan memaparkan mesej bahawa rasisme itu penyakit perkauman yang dipupuk, bukan lahir sendirinya.

 

Setelah mendapat pelbagai maklum balas positif dan negatif, video yang mengundang kontroversi itu telah diturunkan daripada layar media sosial IKRAM.

 

“Namun yang pentingnya, ia telah melahirkan atau menjanakan perbincangan tentang prejudis kaum ini.”

 

Sehubungan itu, IKRAM menyarankan agar adanya satu platform bagi membincangkan tentang prejudis kaum di Malaysia.

 

“Kerana, selagi mana kita tidak dapat menyelesaikan masalah prejudis kaum ini dengan baik, tuntas dan telus, negara Malaysia tidak akan dapat pergi jauh sebagai sebuah negara yang bersatu padu dan juga berintegriti.”

 

Tambah beliau lagi, suasana harmoni perlu dipupuk dan pemimpin-pemimpin negara perlu dididik bagaimana perlu menangani kepelbagaian, dan pemimpin-pemimpin perlu dididik dengan pendekatan psikologi membuat keputusan.

 

“Ia bagi memahami reaksi sesuatu kaum terhadap isu-isu semasa di negara ini,” tegas beliau.

 

Menurutnya lagi, dengan adanya ketrampilan dan latihan dalam bidang ini, maka ia mampu menjana solusi yang baik dalam menyelesaikan masalah prejudis kaum ini.

 

“Dengan kerjasama semua pihak, pemimpin bersama dengan rakyat, NGO, kerajaan boleh digemblengkan, diadukan, digandingkan untuk kita membina suasana harmoni di negara ini.”

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang menyokong kempen ini terutamanya Sinar Harian yang telah banyak membantu serta memberikan kerjasama yang cukup baik kepada IKRAM dalam menjayakan Kempen Bulan Kebangsaan ini.

 

Tahniah daripada Sinar Harian

 

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarang Berita Premium Content yang mewakili Sinar Harian, Encik Zamri Rambli mengucapkan tahniah kepada IKRAM atas penganjuran program yang menarik dan sangat bermanfaat yang disusun TV IKRAM bagi mendidik masyarakat.

 

“Kami mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada IKRAM kerana sepanjang sebulan ini, ia mengetengahkan program yang menarik dengan adanya video, lagu, program Bicara Bina Negara dan kami siarkan secara crosspost di Facebook page Sinar Harian,” kata beliau.

 

Menurutnya, tujuan dan matlamat untuk menyemarakkan semangat Hari Kemerdekaan itu adalah yang yang paling penting kepada kita semua sebagai rakyat Malaysia.

 

“Sinar Harian bukanlah baru bekerjasama dengan IKRAM, telah banyak kerjasama yang dibuat dan bulan ini adalah bulan yang istimewa kerana IKRAM menyusun banyak program sempena meraikan bulan kebangsaan.”

 

‘Li Taarafu’

 

Lagu Selamanya Malaysia yang dinyanyikan oleh The Prophecies, Paper, Afdhal Thuairi dan 2ARD dan diterbitkan bersama oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia dan SampaiJadi Records telah mendapat lebih 14,000 tontonan sejak dilancarkan pada 11 September lalu.

 

Pelbagai aktiviti kempen Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 telah dianjurkan bermula 15 Ogos hingga 16 September bagi menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan meningkatkan kebersamaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia untuk sama-sama membina negara Malaysia yang tercinta ini.

 

Ia juga sejajar dengan tuntutan dalam al-Quran Surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud:

 

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).”

 

“Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”

 

Majlis Penutupan Kempen Bulan Kebangsaan 2021 yang dihoskan oleh DJ Anas Tahir dan Siti Hamisah Manan telah berjaya menarik perhatian dan menghiburkan para penonton di samping memberikan mesej-mesej yang positif mengenai perpaduan negara, bersesuaian dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

 

Majlis turut dihiburkankan dengan penampilan anak-anak muda The Prophecies daripada SampaiJadi Records yang menyanyikan secara langsung lagu Selamanya Malaysia. 

 

Kesemua mereka sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi dan merupakan bekas pelajar Sekolah Al-Amin Gombak, salah sebuah sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia