Penurunan Harga Sawit Kurangkan Tekanan Inflasi

SERI KEMBANGAN – Penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) di bawah RM4,000 satu tan dijangka meredakan tekanan ke atas inflasi makanan pada separuh kedua tahun ini.

“Tekanan inflasi keseluruhan di Malaysia kekal stabil terutamanya dengan penurunan harga komoditi global,” kata MIDF Research dalam nota penyelidikannya.

Firma penyelidikan itu turut meramalkan bekalan makanan yang lebih baik sama ada di peringkat global dan domestik akan mengurangkan tekanan terhadap harga makanan.

“Justeru, kami mengekalkan Indeks Harga Pengguna (IHP) pada 2.8 peratus tahun ini, masih dalam julat unjuran inflasi Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu 2.3 hingga 3.3 peratus,” katanya.

Harga minyak sawit Malaysia jatuh di bawah paras RM4,000 setiap tan sejak awal bulan ini selepas harga komoditi itu melebihi RM6,000 sepanjang Mac hingga Mei tahun ini dengan paras kemuncak baharunya mencecah RM7,194 satu tan pada 29 April lalu.

Dalam pada itu, pengilang digesa untuk menurunkan harga minyak masak tidak bersubsidi sekurang-kurangnya 10 peratus dalam tempoh seminggu atau dua minggu dari sekarang, susulan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.

“Kerajaan berpegang kepada prinsip untuk sentiasa melakukan libat urus dengan pihak industri termasuk pengilang, justeru memerlukan kerjasama pengilang bagi membantu kerajaan dalam menangani masalah kos sara hidup rakyat,” kata Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, kerajaan menjangka harga minyak masak tidak bersubsidi turun dalam tempoh dua minggu susulan penurunan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia.

“Kami akan mengadakan perbincangan bersama Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) serta pengilang berkaitan yang bersetuju menurunkan harga secara berperingkat,” ujarnya yang juga Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Terdahulu, Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sedang melaksanakan audit ke atas kilang pembungkusan minyak masak paket sekilogram untuk memastikan bekalan bahan itu tidak terus diseleweng, termasuk dijual ke negara jiran.

“Ia antara tindakan dilaksanakan kerajaan dengan audit dilakukan bermula daripada punca minyak masak itu dikeluarkan.”

Menurutnya, bagi menangani peningkatan harga makanan, kerajaan juga akan memperluaskan Program Jualan Keluarga Malaysia ke lebih 600 kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara bermula bulan depan hingga hujung tahun ini.

Berikutan itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Wilayah Persekutuan akan turut melaksanakan program berkenaan.

Ketika ini, hanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang menganjurkan program itu yang bertujuan memberi kemudahan kepada rakyat untuk memberi barangan keperluan asas pada harga lebih murah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia