Pengharaman IM: Teguh di jalan dakwah, iltizam janji setia dengan Allah

Pada Isnin 23 September 2013, Mahkamah Kaherah yang diketuai oleh Hakim Mohamed El-Sayed telah memutuskan untuk melarang aktiviti-aktiviti jamaah Ikhwan Muslimin di Republik Arab Mesir dan yang berasal daripada Ikhwan Muslimin dan mana-mana institusi cawangan daripadanya, atau yang bergabung dengannya, atau kemudahan daripada asetnya, atau menerima sokongan kewangan atau apa-apa jenis sokongan atau persatuan-persatuan yang menerima bantuan daripadanya, dan menjadi salah seorang anggota jamaah, persatuan atau organisasinya.

Mahkamah juga memutuskan untuk membekukan semua aset (Ikhwan), baik yang berbentuk bangunan, aset bergerak atau dana cair, baik yang dimiliki atau disewakan, dan semua aset yang dimiliki oleh orang-orang yang bergabung dengan jamaah Ikhwan, untuk diuruskan sesuai dengan kehendak dan undang-undang negara.

Ikhwan Muslimin menegaskan bahawa keputusan mahkamah yang bersifat selektif, dendam, politik dan penyingkiran ini tidak mengejutkan Ikhwan, kerana ia datang untuk memberikan perlindungan undang-undang yang dusta dan menipu, bagi menutup tindakan sebenar yang telah dilakukan semasa rampasan kuasa tentera sejak 3 Julai lalu, dengan memenjarakan lebih 15,000 pimpinan Ikhwan, termasuk ketua mereka Mursyid ‘Am, Dr Muhammad Badi’, dua orang timbalannya serta ramai pimpinan yang bekerja di wilayah-wilayah, selain membakar pejabat-pejabat Ikhwan, membunuh ribuan anggota Ikhwan, tuduhan-tuduhan palsu dan keganasan dalam menangani para peserta himpunan aman, sebagaimana yang digambarkan oleh Perdana Menteri kudeta.

Ikhwan Muslimin ingin mengingatkan tentera kudeta tentang sejarah para pendahulu mereka yang pernah melakukan hal yang sama, yang membayangkan bahawa mereka mampu menghilangkan Ikhwan dan anggotanya daripada masyarakat Mesir, yang menjadi bahagian yang sangat penting dalam masyarakat, memberikan denyut kehidupan, membimbing, memberi dan merangkul semua lapisan masyarakat, seperti mana yang telah berlaku (kemenangan Ikhwan) dalam pilihanraya sebelum ini, dan seperti mana yang terjadi sekarang, himpunan rakyat yang berterusan sejak kudeta tentera, menolak kudeta, mempertahankan bersama-sama Ikhwan, legitimasi popular pilihan rakyat yang diserang oleh tentera, serta mempertahankan kebebasan negara mereka dan generasi akan datang.

Keputusan yang bersifat bersifat selektif, dendam, politik dan penyingkiran ini dikeluarkan oleh mahkamah yang tidak kompeten dan operatif serta hukuman-hukumannya melebihi daripada apa yang dituntut oleh pihak pendakwa, mengatasi penghakiman dalam kes asal terhadap persatuan sivil yang tertakluk kepada undang-undang persatuan, yang tidak dijumpai dalam rejim fasis sebelum ini.

Keputusan ini datang sebagai siri baru dalam serangan berhubung keselamatan yang berterusan sejak kudeta tentera yang malang, menumbangkan pihak berkuasa yang sah, menutup saluran-saluran satelit, menahan mereka yang tidak bersalah, masih bertindak dan terus bertindak, pembunuhan massa secara kejam terhadap para peserta himpunan aman oleh tentera Pengawal Republik, berterusan dengan pembunuhan berkelompok, kemudian pembunuhan massa mengerikan di Rabi’ah Adawiyyah dan Nahdhah, pembunuhan kejam lagi keji di Dalajja dan Kerdasa… Dan kita tidak tahu apa lagi nasib mengambil pihak berkuasa kudeta Mesir, kepada negara dan rakyat.

Ikhwan Muslimin secara fikrah, manhaj, dan jamaah telah, masih dan akan kekal atas jalan dakwah kepada Allah secara menyeluruh, setia dengan janjinya kepada Allah, dan berbakti kepada negara dan rakyatnya, beriltizam dengan manhajnya yang asal dalam berdakwah kepada Allah dengan penuh hikmah, mau’izhah hasanah (nasihat yang baik), menggunakan semua cara damai dan menghormati undang-undang yang adil.

Sesungguhnya Ikhwan Muslimin adalah dakwah yang mengajak kepada kebenaran, kekuatan dan kebebasan yang merentasi semua batas geografi dan sempadan, agar berterusan bekerja untuk berkhidmat demi negara, serta memperjuangkan isu-isu umatnya, berpegang kepada prinsip-prinsipnya dan menjaga manhajnya, hingga memberkati umatnya dengan kehidupan yang bebas lagi mulia, dan kemanusiaan berbahagia dengan cahaya Islam dan prinsip-prinsipnya yang teguh serta undang-undang yang diredhai Maha Pencipta, yang menjadi penawar bagi kemanusiaan dan kebahagiaan bagi umat manusia.

وسيعلم الذين ظلموا أي منقلب ينقلبون

“…Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.” (Asy-Syu’araa’ 26: 227)

Wallahu Akbar wa Lillahil Hamd.

Ikhwan Muslimin

18 Zulkaedah 1434H – 23 September 2013

Sumber: http://ikhwanonline.com/Article.aspx?ArtID=163211&SecID=212

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia