Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Perlu Kerjasama Semua Pihak

Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita Perlu Kerjasama Semua Pihak

Saban tahun Pertubuhan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan tarikh 25 November sebagai Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat seluruh dunia tentang keganasan berasaskan gender yang berlaku terhadap wanita.

Tema sambutan bagi tahun 2023 ialah “Bangkit! Melawan Keganasan Terhadap Wanita Dan Kanak-Kanak Perempuan.”

Saban tahun juga, sambutan Hari Antarabangsa untuk Penghapusan Keganasan Terhadap Wanita ini dilanjutkan selama 16 hari sehingga hari memperingati Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang diraikan pada 10 Disember setiap tahun.

Pada tahun ini, inisiatif 16 hari aktivisme ini dimasyhurkan sebagai kempen UNiTE yang bertemakan “Invest to Prevent Violence against Women & Girls” (Melabur untuk Menghalang Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak Perempuan).

Kempen di peringkat antarabangsa ini bertujuan menyeru rakyat untuk menunjukkan betapa mereka mengambil berat tentang menamatkan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di samping menyeru kerajaan di seluruh dunia untuk berkongsi cara mereka melabur dalam pencegahan keganasan berasaskan jantina.

Malangnya, apa yang berlaku di Palestin kini, wanita dan kanak-kanak dibunuh serta dizalimi dan tidak dibela nasib mereka. Seluruh dunia tidak mengambil langkah lebih serius untuk menghentikan kezaliman dan keganasan daripada berterusan.

Apa yang berlaku ini adalah bertentangan dengan tema Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan hari tersebut di mana pelaburan yang dibuat bukan menghalang keganasan, tetapi sebaliknya membantu keganasan berlaku dengan berleluasa terhadap wanita dan kanak-kanak Palestin.

Di negara ini, kempen 16 hari aktivisme ini disambut baik oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) yang telah menggerakkan kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita bermula dari 25 November dan akan berakhir pada 10 Disember.

Komitmen KPWKM ini berikutan makluman Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bahawa jumlah kes melibatkan keganasan terhadap wanita masih berada pada tahap yang mencemaskan.

Sebanyak 5,050 kes keganasan rumah tangga, rogol dan gangguan seksual di seluruh negara telah dicatatkan sepanjang tahun 2023 sehingga Ogos berbanding 9,334 kes pada tahun 2021 dan 8,580 kes pada tahun 2022.

Bilangan kes keganasan terhadap wanita juga dilaporkan tinggi pada tempat tertentu seperti tempat kerja dan semasa berada dalam talian.

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia menyokong kuat usaha-usaha KPWKM untuk terus melindungi wanita khususnya mereka yang menjadi mangsa keganasan dengan pelaksanaan pelbagai perkhidmatan, program dan inisiatif berkaitan.

Penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2022 dan penganjuran program Advokasi Antigangguan Seksual (AAGS) bertujuan untuk memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat adalah sangat dialu-alukan pelaksanaannya.

Sehingga kini, sebanyak lebih daripada 25,000 orang peserta telah terlibat dalam program tersebut. Namun begitu, usaha penerangan tentang isu ini sering kali tertumpu kepada kaum wanita dan amat kurang mendapat perhatian dan sambutan kaum lelaki yang merupakan pelaku utama keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

Wanita IKRAM percaya bahawa strategi yang dilakukan bagi menghapuskan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak harus bersifat holistik dengan memastikan pemahaman dan kesedaran mengenai isu ini harus meliputi kaum lelaki juga.

Kemungkinan ramai lelaki yang bukan pelaku keganasan tidak menyedari keseriusan masalah ini, manakala lelaki yang melakukan keganasan tidak mengakui kesalahan mereka.

Oleh itu, Wanita IKRAM mencadangkan agar:

1. Perkhidmatan terhadap mangsa yang terselamat dibanyakkan dengan penubuhan lebih banyak rumah perlindungan wanita mangsa keganasan, usaha pemulihan psikologi kepada mangsa dan pelaku serta sokongan kewangan dan infrastruktur.

2. Naratif pencegahan dibina di setiap peringkat dengan kerjasama dan komitmen kolektif segenap pihak meliputi akar umbi sehingga ke pembuatan dasar.

3. Program pendedahan dan pendidikan mengenai isu ini dilakukan bersesuaian dengan kelompok masyarakat termasuk program khusus yang direka khas untuk kaum lelaki melalui pelbagai pendekatan dan platform.

4. Institusi agama dan kaum digunakan untuk menyebar luaskan kesedaran tentang isu ini kepada setiap lapisan masyarakat agar setiap ahli masyarakat memberi sokongan yang sepatutnya kepada mangsa.

5. Pemahaman bahawa kaum lelaki adalah pelindung masyarakat dan mesti menjauhi diri daripada melakukan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perlu dimasukkan dalam sistem pendidikan sekolah secara formal.

Wanita IKRAM meyakini bahawa kerjasama semua pihak dalam menangani isu keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak boleh membuahkan hasil untuk mencapai matlamat memastikan kesejahteraan kehidupan semua ahli masyarakat.

Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia