Pengetua As-Sa’idiyyah Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan 1435H

Anugerah kepada pengetua salah sebuah sekolah IKRAM-Musleh itu disampaikan dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sembilan Tahun 1435 Hijrah di Masjid Negeri, Seremban pada Selasa lalu. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan.

Ustaz Hj Mohamad Muhsin, 65 tahun, merupakan penerima Anugerah Tokoh Huffaz Kebangsaan pada tahun 2012 dan pernah menulis beberapa buah buku seperti Pembudayaan Al-Quran Di Usia Emas dan Peranan Guru J-QAF Dalam Membentuk Generasi Budaya Membaca Al-Quran di Malaysia.

Bertugas sebagai Pengetua Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah sejak tahun 2000 sehingga sekarang. Dilahirkan pada 31 Mei 1948, beliau mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Arab Al-Attas, Johor Bahru dan Sekolah Arab Al-Mashor, Pulau Pinang.

Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran peringkat Diploma di Maahad Tahfiz Al-Quran JAKIM. Beliau memperolehi Ijazah dalam bidang Syariah dan Al-Quran dari Universiti Al-Azhar di Mesir sebelum memperolehi Sijil Perguruan dari Maktab Perguruan Islam pada tahun 1981.

Beliau telah berkhidmat dengan pelbagai institusi kerajaan dan swasta sejak tamat pengajian, antaranya ialah sebagai guru di Selangor, Penolong Pendaftar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Guru dan Penyelaras Unit Tilawah Al-Quran UIA dan Pensyarah Tahfiz Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran di Brunei Darussalam.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia