Pengerusi KRSM Pembentang Kolokium Amalan Terbaik

Pengerusi KRSM Pembentang Kolokium Amalan Terbaik | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Pengerusi Kelab Remaja Sekolah (KRS) Musleh, Mejar (KRSM) Abdul Rahaim Md Isa merupakan antara pembentang yang dijemput dalam Kolokium Amalan Terbaik anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia.

Program yang berlangsung sempena Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Kadet Remaja Sekolah (KRS) Kali Ke-28 itu diadakan pada 8 Julai lalu di Dewan Nik Mohd Mohyideen Musa, IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi.

Mejar Abdul Rahaim yang juga merangkap Ketua Sektor Kokurikulum IKRAM Musleh menjadi pembentang kedua dengan tajuk ‘Kadet Remaja Sekolah Musleh di Persada Antarabangsa’.

Pembentangan tersebut menyentuh pelaksanaan program KRS di peringkat antarabangsa melibatkan program-program anjuran KRS Musleh.

Antara program-program yang dianjurkan ialah silih berganti menjadi tuan rumah dengan Indonesia menganjurkan perkhemahan antarabangsa dari tahun 2008 sehingga 2019, International Eco Nature Run, International Students Traditional Archery Championship (MISTAC), serta Edutrip Sejarah Nusantara di Indonesia, Thailand dan Singapura.

Kolokium Amalan Terbaik diadakan bertujuan menerapkan konsep Malaysia Madani yang bersifat menyeluruh berdasarkan enam tonggak utama kepada jurulatih KRS dan TKRS. 

Antara objektif lainnya ialah untuk meningkatkan kualiti jurulatih KRS dan TKRS melalui perkongsian ilmu bagi meningkatkan kecemerlangan murid selaras dengan konsep Karamah Insaniah.

Selain itu, ia dapat menambah serta memperkukuh keprihatinan jurulatih KRS dan TKRS terhadap perkembangan semasa dalam bidang pendidikan ke arah melahirkan Anak yang Baik lagi Cerdik (ABC).

Kolokium ini telah dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek. Turut hadir Penaung KRS Musleh merangkap Pengarah Eksekutif IKRAM Musleh, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia