Pengajaran daripada seorang Ali

Beliau tidak marah dan tidak pula menganggap isterinya tidak sopan kerana telah berani membuka telefonnya. Bahkan setelah mendengarkan isterinya marah-marah, dengan tenang Syeikh berkata, “Sudah sayang?”

“Sudah,” jawab isterinya.

 

“Jadi, apa yang dimahukan?” tanya Syeikh kepada isterinya.

“’Delete foto itu,” jawab isterinya tegas.

“Baiklah, kamu hapus saja sendiri, ”kata Syeikh Ali dengan tenang.

 

“Sudah delete, sudah tenang? Ada apa lagi?” 

“Tak payahlah pakai handphone lagi.” 

 

“Baiklah, off saja handphone itu. Simpanlah.” Syekh Ali Jaber dengan yakin mengabulkan permintaan isterinya dan memilih untuk tidak menggunakan telefon bimbit selama dua tahun.

 

Begitulah sebahagian kisah yang telah disampaikan Syeikh Ali Jaber atau nama sebenarnya Ali Saleh Mohammed Ali Jaber, dalam program podcast di Channel Deddy Corbuzier pada 16 September 2020 lalu.

 

Melalui kisah itu, apakah yang dapat kita ambil pelajaran daripada kisah seorang pendakwah dan ulama warganegara Indonesia ini, ketika emosi isterinya dipamerkan kerana terdapat foto jemaah wanita di telefon bimbitnya?

 

Pemuda kelahiran Madinah ini mengajarkan pada kita semua bahawa setiap rumah tangga pasti ada masalah, baik masalah besar mahupun masalah yang kecil. Besar kecilnya masalah itu bukan terletak pada jenis masalahnya, tetapi pada cara bagaimana menyelesaikan masalah itu dengan baik.

 

Seberapa besarnya masalah jika cara penyelesaiannya tepat, maka akan terasa kecil dan cepat mendapat solusi. Namun sebaliknya, jika masalah yang kecil boleh berubah menjadi besar kerana cara penyelesaiannya salah, tidak fokus pada mencari solusi tetapi semakin menambah masalah. 

 

Bayangkan jika Syeikh Ali Jaber tersinggung dengan isterinya yang membuka telefon bimbit beliau, lalu marah-marah dan melempar telefon itu ke wajah isterinya?

 

Bayangkan seandainya beliau berprinsip bahawa isteri harus menghormati suaminya, tidak boleh protes apalagi dalam kondisi suaminya baru pulang daripada kerja dan musafir?

 

Atau bayangkan jika beliau merasa isterinya cemburu bukan pada tempatnya dan menganggapnya isteri yang possessive (cemburu) sedangkan satu sisi lain, beliau adalah pendakwah yang tidak mungkin lepas daripada memiliki keinginan kepada perempuan? 

 

Tentu kejadian tersebut boleh menjadi masalah yang besar jika seorang suami bukan susuk seperti Syeikh Ali Jaber; seorang suami yang fokus mencari solusi ketika menemukan masalah, seorang ketua rumah tangga yang sangat menyayangi isterinya dan tidak menganggap pasangannya itu sebagai wanita lemah yang harus selalu diam, menurut dan tidak boleh protes sama sekali.

 

Beliau juga seorang imam yang lebih memilih mengalah demi keadaan yang lebih tenteram berbanding mementingkan egonya sebagai lelaki kuat yang terkenal, yang boleh menghidupkan keluarganya dengan baik dan yang sebenarnya mungkin boleh dengan mudah mencari wanita lain untuk dijadikan isteri kedua, ketiga atau bahkan keempatnya.

 

Namun, beliau memilih untuk berdamai dengan keadaan dan memahami apa yang dirasakan oleh isterinya itu, tidak lain kerana besarnya cinta isterinya kepada beliau.

 

Pada sisi yang lain, kesaksian daripada Muhammad Agung Izzul Haq yang beberapa kali bersama Syeikh Ali Jaber berdakwah dalam program Damai Indonesiaku, mengisahkan bahawa setiap kali para jemaah khususnya jemaah wanita berteriak-teriak memanggil nama beliau, dengan tenang beliau tetap memberikan responsnya dengan ramah tetapi tidak pernah lupa memberi isyarat (dengan tangan) agar mereka tetap menjaga batasan.

 

“Agar tidak menimbulkan fitnah,” ujar Muhammad Agung meniru kalimat yang diungkapkan Syeikh Ali.

 

Belum lagi kisah lainnya ketika beliau dipanggil dengan sebutan yang tidak baik iaitu ‘anjing’ oleh seseorang yang tidak sengaja terdorong dalam kondisi mendesak lalu dengan santainya beliau berlagak seolah mencari-cari anjing di sekitarnya sambil bertanya, “Di mana anjingnya?”

 

Hinggakan orang yang mengatakan beliau anjing itu pun ketawa melihatnya dan akhirnya mereka menjadi sahabat yang sangat akrab.

 

Kisah lain yang mempunyai ibrah (pengajaran) adalah ketika seseorang yang tiba-tiba memaki beliau sehingga membuat orang di sekitarnya emosi dan ingin mengambil tindakan tetapi dilarang oleh Syeikh Ali Jaber sambil berkata, “Dia belum selesai bicara.”

 

Lalu setelah orang itu selesai memaki, Syeikh Ali tidak membalasnya tetapi beliau bertanya, “Sudah selesai?”

 

“Sudah!” jawab orang yang puas memaki itu.

”Terima kasih, Assalamualaikum…” kata Syeikh Ali lalu berlalu meninggalkannya.

 

Bukan itu saja, tentu kita juga masih ingat mengenai kejadian ketika ulama yang disayangi umat ini ditikam oleh orang yang tidak dikenalinya sewaktu sedang menyampaikan dakwah.

 

Lalu beliau menahan amarah masyarakat yang ingin menghukum penjahat tersebut. Beliau dengan mudah memaafkan dan bahkan mendoakan orang yang melakukan itu.

 

Dalam beberapa kesempatan yang lain, beliau sering mengatakan prinsip hidupnya sangat sederhana, “Jika ada orang salah dengan saya, maka saya memohon agar Allah Subhanahuwataala (SWT) mengampuninya. Jika saya punya salah terhadap orang lain, maka saya mohon kepada Allah SWT agar memaafkan saya.”

 

Realitinya, tidak ada habisnya jika ingin mengenang kemuliaan akhlak beliau. Semoga Allah SWT sediakan Syurga Firdaus untuk Syeikh Ali dan keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kesabaran serta ketabahan.

 

Tidak perlu kita menangisi secara berlebihan atas kewafatan Syeikh Ali Jaber kerana insya-Allah, tempat yang indah sudah menyambut beliau. Tapi kita patut menangis lebih lama lagi  kerana meninggalnya Syeikh Ali Jaber mengingatkan kita kepada sebuah hadis yang bermaksud:

 

“Sesungguhnya Allah SWT tidak mengangkat ilmu dengan sekali cabutan daripada para hamba-Nya, akan tetapi Allah mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Ketika tidak tersisa lagi seorang ulama pun, manusia merujuk kepada orang-orang bodoh. Mereka bertanya, maka mereka (orang-orang bodoh) itu berfatwa tanpa ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan.” (Hadis Riwayat Bukhari)

 

Bersamalah kita mengambil pelajaran daripada apa yang telah ditinggalkan seorang Ali Jaber ini.

Penulis, Rinda Asmara adalah seorang Guru di Madrasah Tsanawiyah (MTs) Negeri 1 Bekasi, Indonesia. Penulisannya telah tersiar di Komunitas Bisa Menulis Baru (New KBM).

Terjemahan : Atriza Umar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia