Pendirian IKRAM Dalam Isu Fahaman Syiah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengambil maklum berhubung fahaman Syiah dan penyebarannya di Malaysia. IKRAM menyedari kewujudan fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996 dan juga dari Majlis Fatwa Negeri-negeri yang memfatwakan bahawa fahaman Syiah adalah bercanggah dengan fahaman aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan bertentangan dengan hukum Syarak. Perkembangan terkini menunjukkan bahawa Syiah yang dahulunya terbahagi kepada beberapa aliran kini hampir kesemuanya menjurus kepada aliran Imamiah (juga dikenali sebagai Isna Asyariah atau Ja’fariyah) yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Dengan ini Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menegaskan pendiriannya bahawa Syiah yang diamalkan sekarang dengan jelas adalah sesat.

Berhubung dengan itu IKRAM

1.     menyokong keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan tindakan Majlis Fatwa Negeri-negeri yang telah mewartakan bahawa Syiah adalah sesat dan  mengamalkannya adalah satu kesalahan,

2.     menyeru agar tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang berdakyah atau mengajak orang Islam di Malaysia kepada Syiah,

3.     bersetuju untuk bersama-sama memperbanyakkan aktiviti-aktiviti penerangan kepada masyarakat mengenai bahaya Syiah,

4.     bersetuju untuk bekerjasama dengan agensi Kerajaan, swasta dan NGO dalam menangani ancaman Syiah, dan

5.     menggesa kerajaan menilai semula kesan hubungan diplomatik, ekonomi, pendidikan, pelancongan dan lain-lain dengan kerajaan-kerajaan dokongan Syiah agar tidak menjejaskan kesejahteraan umat Islam di Malaysia.


Ustaz Dr. Mohd Parid bin Sheikh Hj. Ahmad

Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia