Pendakwah hebat, konvensyen memikat

Diserikan dengan ucaptama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri, konvensyen ini menyasarkan penyertaan seramai 1,000 orang, yang akan berlangsung di Dewan Muktamar Pusat Islam.

Program dua hari tersebut akan dihangatkan oleh kehadiran pendakwah terkenal seperti Presiden The Islamic Information & Dawah Centre International, Dr. Shabir Ally, Pengerusi Mercy Mission, Dr. Tawfique Chowdury dan CEO al-Azzouni Engineering, Sheikh Ossama al-Azzouni sebagai panelis yang akan membincangkan tajuk-tajuk mengenai kemahiran dakwah kepada masyarakat dunia yang mempunyai latar belakang berbeza.

Menurut Pengarah Program, Abdul Ghaffar Muhammad Sharif, konvensyen ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran dalam kalangan umat Islam tentang kepentingan berdakwah dalam masyarakat majmuk.

“Kami mahu memberi kesedaran kerana masyarakat Malaysia ramai yang masih merasakan bahawa Islam itu untuk Melayu. Tidak ramai Melayu yang sedar bahawa agama Islam itu untuk semua,” jelasnya ketika sidang media Unity Convention 2017 hari ini.

“Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk semua kaum tetapi masyarakat Melayu masih dalam keadaan tidak selesa berkongsi Islam yang indah ini kepada kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Dengan tema ‘Menyatukan Ummah, Menghubungkan Dunia’, pihak penganjur menyasarkan penyertaan daripada seluruh masyarakat Malaysia yang beragama Islam dari pelbagai bangsa.

“Kami mengharapkan para peserta akan keluar daripada program ini dan menjadi penggerak menyampaikan dakwah ini kepada masyarakat bukan Islam.”

Oleh itu, antara tajuk-tajuk yang akan dibincangkan termasuklah ‘Empowering Dakwah’, ‘Maqasid Syariah in Dakwah’ dan ‘Harmony with Christian’.

Tambahnya, peserta akan diajar untuk mempelajari tip dan skil penting dalam pengamalan seharian dakwah yang berkesan oleh panelis dalam negara seperti Ustaz Pahrol Mohd Juoi, Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin, Hj Kamarudin Abdullah, Xifu Naser, Ustaz Zul Ramli dan Ahmad Azim Daniel Gurporeet.

Penceramah wanita yang akan turut menyerikan konvensyen ini adalah personaliti TV terkenal, Aliza Kim dan Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh. Che Asmah Ibrahim serta pendakwah HCF, Ustazah Nooraidah Hidayah.

Konvensyen tersebut menawarkan yuran serendah RM50 bagi mualaf dan pelajar, RM80 bagi Rakan Hidayah berbanding RM100 bagi yuran biasa.

Untuk pendaftaran, sila layari http://bit.do/hcfunity3 atau hubungi talian +6010-3206822 untuk sebarang pertanyaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia