Penculikan Warga Palestin: Tahniah PDRM

Penculikan Warga Palestin: Tahniah PDRM | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas tindakan tangkas menyelesaikan kes penculikan lelaki warga Palestin dalam tempoh 48 jam.

IKRAM menyarankan agar Kementerian Luar Negeri mengemukakan nota bantahan berhubung isu ini yang melibatkan ejen risikan Israel dalam penculikan warga Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya penglibatan haram Israel melakukan ‘terorisme’ di negara ini.

Insiden penculikan warga Palestin yang berlaku ini dilihat sebagai sesuatu yang boleh menggugat keselamatan awam kerana Israel telah mula menyusun aset risikan di negara ini dan ia harus dibanteras segera.

Oleh yang demikian, kerajaan perlu mempertingkatkan aspek kawalan keselamatan dari pelbagai sudut akibat ancaman Israel terhadap warga Palestin di negara ini agar keselamatan penduduk Malaysia dan kepercayaan negara luar juga dapat dipertahankan.

IKRAM menyarankan agar kerajaan membuat siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas bagi menangani situasi ini agar tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, IKRAM turut menggesa semua pihak agar tidak mempolitikkan isu yang serius ini semata-mata untuk meraih sokongan.

Keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama. Oleh itu, IKRAM menyeru semua pihak termasuk pemimpin parti-parti politik agar bekerjasama dalam mengukuhkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia