Pencemaran Plastik di Lautan: Malaysia Ke-3 Di Dunia

Pencemaran Plastik di Lautan: Malaysia Ke-3 Di Dunia | IKRAM

Kesan pembuangan sampah plastik di lautan sangat merugikan dan menyebabkan pencemaran. Ia bukan sahaja mengambil masa tempoh yang terlampau lama untuk terurai malah menelan kos perbelanjaan yang tinggi untuk membersihkannya.

Dalam pada itu, sampah plastik di lautan turut membahayakan kehidupan akuatik, merosakkan ekosistem laut, mencemar kualiti air laut serta mengancam kehidupan manusia.  

Malangnya sampah plastik merupakan antara  jenis sampah yang paling banyak dibuang ke laut pada setiap tahun.

Jumlah pembuangan sampah plastik menjadi-jadi seiring dengan peningkatan pembuatan dan penggunaan plastik. Berjuta-juta tan metrik sampah plastik dihasilkan pada setiap tahun di seluruh dunia. 

Saiz 3 Kali Perancis

Betapa banyak sampah dihasilkan di lautan dengan begitu mudah hingga mampu membentuk vorteks sisa plastik mencapai saiz tiga kali ganda negara Perancis sepertimana yang digambarkan oleh Luois Lugas Wicaksono melalui lukisan grafiknya.

Beliau menggunakan data daripada kajian yang dijalankan oleh Lourens J.J. Meijer bersama sekumpulan penyelidik lain. Kajian ini telah mendedahkan 20 negara yang paling banyak mencemarkan lautan dengan sampah plastik.

Lebih mengecewakan, negara Malaysia tersenarai sebagai negara ketiga di dunia paling banyak sampah plastik di lautan selepas Filipina dan India.

Filipina didapati mencemar lautan dengan penghasilan 356,371 tan metrik sampah plastik, diikuti dengan India sebanyak 126, 513 tan metrik dan Malaysia pula 73, 098 tan metrik. 

Dapatan data menunjukkan bahawa negara-negara yang berkeluasan geografi lebih kecil, mempunyai garis pantai yang lebih panjang, mengalami hujan yang lebih tinggi dan pengurusan sisa sampah yang lemah cenderung untuk membiarkan sampah plastik bolos ke lautan. 

Menariknya, kajian ini telah menidakkan tanggapan bahawa negara yang paling banyak menghasilkan atau menggunakan produk plastik akan menghasilkan paling banyak sampah plastik. 

Ini terbukti apabila China yang menjana 10 kali ganda sisa plastik berbanding Malaysia, tetapi menghasilkan sampah plastik di lautan pada kadar 0.6 peratus, sebaliknya Malaysia menjana sampah plastik di lautan sehingga 9 peratus. 

Dari Darat ke Lautan

Bagaimana sampah-sampah plastik ini wujud dengan begitu banyak sehingga boleh mengalir ke lautan?

Asalnya, sampah-sampah ini berasal dari darat iaitu yang wujud di taman-taman, pantai, atas jalan raya ataupun di dalam saluran air seperti longkang. Sampah-sampah ini akan dibawa oleh aliran air dan masuk ke sungai. 

Sungai-sungai ini kemudiannya akan menjadi tempat longgokan sisa sampah plastik yang sangat banyak dan akhirnya akan memindahkannya ke lautan. Sebahagian besar sampah-sampah ini juga datang daripada jaring nelayan yang sudah rosak.

Tangani Pencemaran Sampah Plastik

Bagi mengatasi isu sisa sampah plastik yang semakin ketara, tindakan yang tegas dan berkesan harus diambil dan mendapat kerjasama semua pihak. Memelihara dan memulihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama. 

Kempen kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar harus dilakukan dari masa ke masa agar peringatan dapat diberikan secara berterusan. Sampah-sampah ini berpunca daripada tindakan tidak bertanggungjawab manusia dan akhirnya kembali mengancam manusia dan kehidupan lain.

Masyarakat harus dididik dan mengambil inisiatif sendiri untuk menghindarkan penggunaan barangan plastik terutamanya yang berkonsep sekali guna. Gunakan cara yang paling kreatif untuk menggantikan penggunaannya agar lebih mesra alam.

Berikan penghargaan yang menguntungkan kepada institusi atau syarikat-syarikat yang melaksanakan langkah-langkah penjagaan alam sekitar sebagai satu bentuk galakan yang bakal menjadi inspirasi ikutan lain-lain.

Terdapat beberapa institusi pengajian tinggi seperti Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang mengeluarkan larangan penggunaan perkakas makanan daripada bahan plastik sekali guna. Ini adalah langkah terpuji dan harus dicontohi.

Rancakkan kempen kitar semula sehingga setiap komuniti mampu menyediakan tong-tong kitar semula sendiri. Kempen menukar sampah dengan duit dilihat sebagai pakej yang menarik untuk memotivasikan masyarakat mengurus sampah dengan cara terbaik.

Pihak kerajaan juga disarankan meneruskan atau mengadakan kerjasama dengan negara-negara lain dalam hal berkaitan pembuangan sampah plastik di lautan. Isu alam sekitar merentas sempadan negara dan memerlukan kerjasama di peringkat antarabangsa. 

Sampah plastik mengambil masa yang sangat lama untuk terurai. Produk seperti beg atau botol air plastik yang digunakan dalam kehidupan seharian mengambil masa selama 450 tahun atau lebih untuk terurai di tapak pelupusan sampah.

Sekalipun sisa plastik tertanam dalam tanah, ia mengambil masa hingga 1,000 tahun untuk terurai sepenuhnya. 

Hanya dengan mengambil langkah-langkah yang bertanggungjawab, bumi ini dapat diselamatkan untuk diduduki selamat dan selesa untuk generasi yang akan datang. 

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia