Kanada Haramkan Pembuatan, Import Plastik Sekali Guna

Kanada Haramkan Pembuatan, Import Plastik Sekali Guna | IKRAM

Kerajaan Kanada mengumumkan bahawa ia akan mengharamkan pembuatan dan pengimportan beberapa jenis plastik sekali guna ‘yang memudaratkan’, dengan beberapa peraturan baharu dikuatkuasakan pada bulan Disember ini.

Peraturan baharu itu yang diumumkan pada Isnin lalu akan melibatkan beg membeli-belah, perkakasan, produk perkhidmatan makanan dengan plastik yang sukar dikitar semula, pembawa bekas minuman, batang pengacau dan penyedut minuman dengan beberapa pengecualian, umum kerajaan itu dalam satu kenyataan.

“Kerajaan kita bersedia untuk mengurangkan pencemaran plastik. Itulah sebabnya hari ini kita mengumumkan bahawa kerajaan kita sedang menunaikan komitmennya untuk mengharamkan plastik sekali guna yang memudaratkan,” kata Menteri Alam Sekitar Kanada, Steven Guilbeault dalam satu sidang akhbar.

“Ini adalah langkah bersejarah ke arah mengatasi pencemaran plastik dan memastikan komuniti, tanah dan lautan kita bersih.”

Penjualan barang-barang tersebut akan dilarang mulai Disember 2023, tempoh tambahan yang bertujuan untuk memberi masa kepada perniagaan-perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan menghentikan bekalan sedia ada mereka.

Berita Al Jazeera melaporkan, kerajaan Kanada juga akan mengharamkan eksport enam jenis plastik menjelang akhir 2025.

Kerajaan itu menyenaraikan plastik sebagai toksik di bawah Akta Perlindungan Alam Sekitar Kanada tahun lepas, yang membuka jalan kepada peraturan untuk mengharamkan sebahagiannya.

Bagaimanapun, sebuah konsortium pengeluar plastik menyaman kerajaan berhubung penggunaan panggilan toksik dalam satu kes yang dijangka dibicarakan pada akhir tahun ini.

Kanada menggunakan 15 bilion beg plastik membeli-belah setiap tahun dan 16 juta straw setiap hari, kata kerajaan tersebut.

Laporan terbaru PBB mengatakan bahawa penggunaan plastik global dijangka meningkat tiga kali ganda menjelang 2060, dan pengeluaran tahunan plastik berasaskan bahan api fosil dijangka mencecah lebih 1.2 bilion tan menjelang tahun yang sama.

Sisa yang dihasilkan pada tahap pengeluaran sedemikian akan menjadi lebih daripada 1 bilion tan setahun.

Laporan tersebut telah mengundang kebimbangan yang semakin meningkat di seluruh dunia mengenai kelaziman penggunaan plastik dan masalah yang ditimbulkannya terhadap pencemaran dan alam sekitar.

Dalam 70 tahun yang lalu, dunia telah menghasilkan kira-kira 8.3 bilion tan plastik, 60 peratus daripadanya telah dibuang di tapak pelupusan sampah, lautan dan sungai, atau dibakar.

Beberapa kumpulan sektor pembuatan di Kanada sebelum ini menyatakan bantahan mereka terhadap peraturan yang dicadangkan, walaupun kerajaan berjanji untuk memberi masa kepada perniagaan-perniagaan untuk menyesuaikan diri.

Kumpulan konservatif seperti Institut Ekonomi Montreal (MEI) berkata bahawa peraturan itu membahayakan ‘inovasi yang berpotensi’ dalam industri plastik dan “akan menjejaskan ekonomi tanpa sebarang jaminan untuk membantu alam sekitar.” 

Sekurang-kurangnya enam peratus daripada pembiayaan MEI datang daripada industri minyak dan gas.

Kerajaan Kanada berkata bahawa ia “​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​berunding secara meluas untuk mendapatkan input bagi memaklumkan pembangunan peraturan yang dicadangkan, dan mendengar bahawa perniagaan-perniagaan tersebut memerlukan panduan untuk beralih kepada produk dan sistem alternatif yang tersedia.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia