Pencarian pembantu rumah: Ibu bapa galang ganti?

Kita dikejutkan dengan tawaran gaji pembantu rumah asing dengan bayaran gaji minimum RM1,500 sebulan dan hanya majikan mempunyai gaji RM7,000 sebulan layak mendapat khidmat pembantu rumah tersebut.

 

Soalannya, apakah mereka yang bermasalah mendapatkan khidmat pembantu rumah ini akan beralih kepada ibu bapa (warga emas) yang akan menjadi pengasuh anak-anak kelak?

 

Dengan asakan barangan keperluan harian yang semakin mahal serta kos ke tempat kerja seperti bayaran bulanan ansuran kereta, kad kredit, hutang rumah yang mereka lalui, apakah mereka yang mempunyai gaji purata RM3,000 hingga RM4,000 sebulan sanggup mengambil khidmat pembantu rumah asing itu?

 

Sebagai pilihan, mereka lebih suka menghantar anak-anak mereka ke rumah ibu bapa masing-masing untuk menjaganya, terutamanya mereka yang sudah bersara. Kenapa?

 

Pertamanya, keselamatan anak-anak mereka lebih selamat dan terjamin kerana dijaga oleh darah daging mereka sendiri iaitu atuk dan nenek mereka.

 

Ia mampu mengurangkan berlakunya kejadian penderaan ke atas kanak-kanak yang dihantar ke rumah pengasuh sepertimana dilaporkan oleh akhbar-akhbar saluran perdana sekarang.

 

Keduanya, dengan menyerahkan penjagaan anak-anak kepada ibu bapa sendiri, bayarannya tidaklah setinggi itu seperti pembantu rumah atau pengasuh dan lagipun penjagaannya secara percuma – tanpa mengambil kira penat lelah menjaga anak-anak mereka itu.

 

Apa yang kita risaukan, ibu bapa yang sudah berusia 60an ke atas mempunyai agendanya sendiri, terutamanya untuk berehat sambil melakukan amal ibadat sebagai bekalan pulang ke alam barzakh nanti. 

 

Dalam usia senja yang begitu, kebanyakan daripada mereka sudah mempunyai salah satu penyakit tiga serangkai seperti penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung. 

 

Dengan keadaan stres menjaga cucu-cucu ini dan tahap kesihatan yang kurang memuaskan, sudah tentunya memudaratkan diri mereka sendiri dari segi jangka panjang.

 

Bagi ibu bapa yang sibuk pula dengan urusan pejabat atau kerja luar, mereka mengambil anak mereka di rumah atuk dan nenek masing-masing agak lewat daripada waktu biasa – melebihi lapan jam setiap hari. 

 

Mereka menghantar anak seawal pukul 7.00 pagi dan mengambil anak-anak mereka pada pukul 9.00 malam. 

 

Bukankah ini membebankan warga emas itu sendiri yang sepatutnya berehat dalam waktu tersebut? Hanya mereka yang mementingkan diri sendiri sanggup memperlakukan ibu bapa masing-masing sebegitu!

 

Ada segelintir ibu bapa yang menjalani kursus dan menyerahkan tugas penghantaran anak-anak ke pra sekolah atau tabika  kepada atuk dan nenek masing-masing. Atuk dan nenek perlu bekerja secara sukarela menjaga cucu-cucu masing setelah meninggalkan perkhidmatan kerajaan.

 

Ini pula menjadikan atuk dan nenek terikat dengan tugas menjaga cucu dan terhalang untuk berkunjung ke rumah anak-anak mereka yang lain alasan menjaga cucu-cucu tadi.

 

Ia juga menghalang atuk dan nenek ke surau atau ke masjid untuk melakukan solat berjemaah dan mendengar ceramah-ceramah agama.

 

Apa yang lebih mengecewakan, terdapat segelintir suami yang menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak ini ke bahu isteri serta bergantung kepada gaji isteri bagi membiayai kehidupan berkeluarga di mana makan minum anak-anak mereka menjadi tanggungjawab atuk dan nenek menguruskannya.

 

Mereka juga seolah-olah ‘menumpang’ senang atas pencen bulanan atuk dan nenek tadi dalam membantu kehidupan mereka berkeluarga.

 

Adalah lebih membebankan apabila ibu bapa tadi tinggal serumah dengan atuk dan nenek dan ‘liat’ mengeluarkan wang belanja dapur termasuk makan minum, bil api dan air dan membuat ‘muka tebal’ semata-mata pesara-pesara tadi mempunyai wang pencen bulanan masing-masing.

 

Inikah fenomena baharu dalam generasi kita sekarang dan pada masa-masa yang akan datang dalam menyusuri alternatif atau penyelesaian apabila berlakunya perubahan yang mendadak dalam kenaikan gaji pembantu rumah dan kenaikan-kenaikan yang lain menjadi keperluan asasi, terutamanya selepas berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penyebaran virus Covid-19 yang melanda negara? Tepuk dada, tanya selera!

 

Ismail Hashim
Warisan Puteri, Negeri Sembilan

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia