Pemikiran kita seperti lampu

Kehidupan Kita Seperti Lampu

Siapa yang mampu menghidupkan lampu dan memadamkan lampu? Sudah semestinya kitalah berkuasa ke atas lampu tersebut.

Jika kita ingin berada dalam  suasana yang cerah, pasti kita akan menghidupkan lampu tersebut. Kalau kita ingin berada dalam keadaan yang gelap, kita pasti akan memadamkan lampu.  

Apa perkaitannya dengan kehidupan kita? Lampu itu diibaratkan seperti kehidupan kita. Yang menghidupkan kehidupan kita ialah ‘fikiran’ kita.

Jika kita fikir yang baik-baik, maka kehidupan kita akan tenang dan bahagia tanpa  berkeluh kesah. Jika kita fikir yang buruk-buruk, kehidupan kita akan gelap-gempita dan  sentiasa berada dalam keserabutan.

Bagaimana pula tiba-tiba lampu termati dengan sendiri  tanpa kita memadamkannya dan suasana menjadi gelap-gelita, atau blackout tiba-tiba?

Bersabarlah kerana itu semua ujian yang diberikan kepada kita. Dan di sebalik ujian itu, pasti  Tuhan menjanjikan satu hikmah dan kemanisannya. Kita hanya perlu bersabar.

Seperti lampu juga. Kalau dengan secara tiba-tiba terpadam (blackout), pasti ia akan kembali kepada  keadaan asalnya iaitu menerangi kita yang berada dalam kegelapan jikalau kita membaiki  lampu tersebut dengan usaha kita.  

Begitu juga dengan ujian. Apa yang perlu kita buat? Bersabar dan terus melakukan amal dan  meneruskan kehidupan seperti sediakala. 

“..Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabar yang akan disempurnakan pahalanya tanpa batas.” (Surah az-Zumar: 10)

Mungkin kita tidak nampak hikmah yang diberikan kepada kita , tetapi Tuhan sentiasa menyediakan pahala untuk orang  yang bersabar. Maka, bersangka baiklah dengan janji Allah.

Dalam sebuah buku yang bertajuk ‘How to Win Friends and Influence People’ karya Dale Carnegie ada menjelaskan satu ayat yang berbunyi begini: 

“It isn’t what you have or who you are or where you are or what you are doing that makes you happy or unhappy. It is what you think about it.”

(Bukanlah apa yang kamu ada atau siapa kamu atau di mana kamu atau apa yang kamu lakukan yang membuatkan kamu gembira. Ia adalah apa kamu fikirkan tentangnya.)

Selain itu, dalam sebuah buku yang bertajuk ‘Mindset’ sebuah karya Carol S. Dweck yang  merupakan seorang ahli psikologi yang melakukan pelbagai kajian mengenai personaliti, sosial psikologi dan pembangunan psikologi ada menjelaskan bahawa pemikiran terbahagi  kepada dua jenis iaitu pemikiran tetap (fixed mindset) dan pemikiran yang membangun (growth mindset).

Fixed Mindset’ ini lebih menjurus kepada pemikiran yang negatif manakala  ‘growth mindset’ menjurus kepada pemikiran yang positif.

Sebagai contoh, mereka yang  berfikir secara tetap (fixed mindset) mereka lebih cenderung untuk berfikir bahawa kegagalan  itu penamat dan pemusnah kepada sebuah kejayaan.

Manakala mereka yang berfikir secara membangun (growth mindset) pula, mereka cenderung untuk menyatakan bahawa kegagalan adalah satu langkah terbaik untuk mencapai kejayaan pada masa hadapan.

Kesilapan dan kegagalan pada masa lalu akan dijadikan faktor penyumbang untuk mereka terus berusaha  mencapai kejayaan pada masa hadapan. 

Ada satu ayat yang menarik daripada buku Mindset yang berbunyi: 

“You have a choice. Mindsets are just beliefs. They are powerful beliefs, but they are just something in your mind, and you can change your mind.”

(Anda ada pilihan. Mindset hanyalah kepercayaan. Ia adalah kepercayaan yang kuat, tetapi ia hanyalah sesuatu dalam fikiran anda, dan anda boleh mengubah fikiran anda.)

Berdasarkan ayat yang dipetik daripada dua buku iaitu How to Win Friends and Influence People dan buku Mindset sebagaimana yang tertera di atas, jelaslah bahawa pemikiran kita umpama lampu.

Jika buruklah yang kita fikir, maka gelaplah kehidupan kita. Jika baiklah yang kita fikir, maka teranglah kehidupan kita. 

 

Nabilah Abd Rahman

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia