Pemerkasaan Ukhuwah Pastikan Hidup Diredai Allah

Pemerkasaan Ukhuwah Pastikan Hidup Diredai Allah | IKRAM

SHAH ALAM – Proses menuntut ilmu dan menyebarkan dakwah adalah sebuah jalan yang panjang dan penuh cabaran, kata Rektor Universiti Fatoni, Thailand, Syeikh Dr Ismail Lutfi Japakiya.

“Maka, strategi yang tersusun dan jamaah yang kukuh amat diperlukan untuk memastikan keberhasilan ummah,” ujar beliau ketika sesi Syarahan Khas sempena Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI 2023) di IDCC, di sini pada Sabtu.

Dalam konteks dakwah dan tarbiah, jelas beliau, pemerkasaan ukhuwah sangatlah penting dalam memastikan masyarakat hidup mengikut acuan yang Allah redai, tanpa mengetepikan mana-mana pihak sekalipun.

Tegasnya, betapa manusia sangat lemah dari segala segi dan segala yang manusia miliki adalah dari Allah SWT.

“Maka kepada-Nya kita berserah diri dan memohon petunjuk. Jangan tinggalkan kekuatan kita pada al-Aziz (Yang Maha Perkasa).”

Syeikh Ismail menegaskan, apa yang membolehkan manusia mencapai kejayaan di dunia dan akhirat adalah dengan mengikut panduan yang telah ditetapkan al-Quran dan Sunnah.

Beliau berpesan agar tidak terpedaya dengan hasutan syaitan, dengan memetik Surah Taha ayat 117 yang bermaksud: 

Maka, Kami berfirman, “Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar daripada syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.”

Beliau menceritakan kisah Nabi Adam a.s. dan Hawa sebelum dicampakkan ke dunia, di mana Allah memperkenalkan soal halal dan haram, serta kepentingan buat manusia untuk mengenali musuh yang mampu memalingkan manusia dari landasan yang lurus.

“Manusia acapkali terlalu tekun dalam menambah ilmu dalam mencari kebenaran, sehinggakan wujud kecenderungan untuk tidak mengenali musuh dan tipu muslihat syaitan yang sangat halus, sepertimana Iblis menipu daya Nabi Adam a.s. dan Hawa.”

Beliau turut menyeru para hadirin untuk memelihara ukhuwah Islamiah agar bersama-sama beroleh reda dan rahmat Allah SWT.

“Semoga kita dapat sentiasa ziarah-menziarahi, saling menjaga ukhuwah Islamiah serta memelihara legasi dakwah,” pesan beliau pada akhir ucapan.

 

Selain Dr Ismail Lutfi, turut menyampaikan Syarahan Khas ialah mantan Gabenor Jawa Barat, Dr Ahmad Heryawan yang berkongsi tentang ‘Pemerintahan Rahmah, Menyentuh Ummah: Pengalaman Jawa Barat’.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia