Pemergian Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada isteri serta keluarga Almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian suami dan ayahanda tercinta ke rahmatullah pada malam tadi, 12 Februari 2015.

IKRAM juga mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada Presiden, pimpinan dan ahli-ahli PAS atas kehilangan Mursyidul Am PAS yang telah banyak berjasa.

Negara dan umat kehilangan seorang ulama besar dan pemimpin politik yang telah banyak memainkan peranan bagi membangunkan Islam serta politik yang matang di negara ini.

Ketabahannya melalui pelbagai zaman sepanjang sejarah hidupnya telah membuktikan bahawa almarhum seorang yang istiqamah dalam perjuangan bagi menegakkan Islam, kebenaran dan keadilan.

Ketabahannya melalui pelbagai ujian sepanjang memerintah negeri Kelantan selama lebih dua puluh tahun menginsafkan kita tentang kecekalan seorang Menteri Besar dalam mengharungi pelbagai fitnah dan ujian.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala merahmati rohnya dan menempatkannya bersama para syuhada’ dan solehin.

Saya sendiri, bersama-sama pimpinan IKRAM Kelantan, akan mewakili IKRAM bagi menghadiri solat jenazah dan majlis pengkebumian di Kelantan pada pagi ini, insyaAllah.

Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM


Pertubuhan IKRAM Malaysia
Kenyataan Media
13 Februari 2015
Pemergian Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz: IKRAM Ucap Takziah
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada isteri serta keluarga Almarhum Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat atas pemergian suami dan ayahanda tercinta ke rahmatullah pada malam tadi, 12 Februari 2015.
IKRAM juga mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada Presiden, pimpinan dan ahli-ahli PAS atas kehilangan Mursyidul Am PAS yang telah banyak berjasa.
Malaysia kehilangan seorang ulama besar dan pemimpin politik yang telah banyak memainkan peranan bagi membangunkan Islam serta politik yang matang di negara ini.
Ketabahannya melalui pelbagai zaman sepanjang sejarah hidupnya telah membuktikan bahawa almarhum seorang yang istiqamah dalam perjuangan bagi menegakkan Islam, kebenaran dan keadilan.
Ketabahannya melalui pelbagai ujian sepanjang memerintah negeri Kelantan selama lebih dua puluh tahun menginsafkan kita tentang kecekalan seorang Menteri Besar dalam mengharungi pelbagai fitnah dan ujian.
Semoga Allah swt merahmati rohnya dan menempatkannya bersama para syuhada’ dan solehin.

Saya sendiri, bersama-sama pimpinan IKRAM Kelantan, akan mewakili IKRAM bagi menghadiri solat jenazah dan majlis pengkebumian di Kelantan pada pagi ini, insyaAllah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia