Pemergian Mantan Mufti NS: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa dukacita atas kehilangan mantan Mufti Negeri Sembilan, Almarhum Dato’ Sheikh Haji Mohd Murtadza Sheikh Hj Ahmad, 79, yang juga kekanda kepada Presiden IKRAM, Dr Haji Mohd Parid pada jam 3.08 petang hari Selasa, 14 Mac 2017.

IKRAM merakamkan ucapan takziah kepada isteri, anak-anak dan ahli keluarga almarhum atas pemergian tokoh ulama yang berjasa ini.

Almarhum dilahirkan pada 5 Mei 1937 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Dato’ Shahbandar, Rasah.

Beliau mendapat pendidikan agama di beberapa madrasah iaitu Madrasah Al-Khairiah, Singapura, Madrasah Al-Attas, Johor Bahru dan Madrasah Al-Mashoor, Pulau Pinang, kemudian melanjutkan pelajaran di Maahad al-Kaherah dan seterusnya Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau pernah menjadi guru agama di Sekolah Agama Menengah Tinggi Bukit Merbah, Seremban, menjadi Qadhi Daerah Kuala Pilah dan Jempol, menjawat Ketua Penerangan Agama merangkap Imam Besar Negeri Sembilan, pemangku Qadhi Besar negeri dan seterusnya bertugas sebagai Mufti Negeri Sembilan pada tahun 1987 hingga 2008.

Almarhum telah dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Sembilan pada tahun 2000 manakala pada 2011, beliau mendapat anugerah Tokoh Ulama sempena Sambutan 100 tahun Madrasah Al-Attas.

Antara jasa beliau ialah mewujudkan Enakmen Murtad pada 2004 dan Enakmen Kawalan Tarekat pada 2007 yang menjadikan Jabatan Mufti Negeri Sembilan sebagai negeri yang pertama mewujudkan kedua-dua enakmen ini yang turut menjadi contoh kepada negeri lain.

Almarhum meninggalkan seorang isteri, Datin Lily Mohd Sidek, 68 dan enam orang anak. Jenazah beliau disolatkan di Surau Kampung Pondok, Rasah dan akan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said pada hari ini.

Dengan segala sumbangan dan jasa bakti Almarhum Dato’ Sheikh Haji Murtadza kepada umat, semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan digolongkan dalam kalangan amilin dan solihin, insya-Allah.

Haji Zaid Kamaruddin
Timbalan Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia