Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan takziah kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS) atas pemergian Mursyidul Amnya, Almarhum Dato’ Dr Haron Din pada Jumaat, 16 September 2016.
IKRAM juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handainya atas pemergian seorang ulama yang dikasihi ini.
Almarhum Dato’ Dr Haron Din, 76, telah banyak berjasa dalam mendidik ummah ke arah memahami dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang syumul melalui sumbangannya sebagai tenaga akademik, pengamal perubatan Islam, ahli majlis fatwa, penasihat syariah dan aktivis politik.
Mari kita doakan agar roh Almarhum ditempatkan bersama para syuhada dan solihin. Moga keluarga yang ditinggalkan akan tabah dan sabar dalam mengharungi ujian ini.
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia