Pemergian Ayahanda Mentua Ahli DPN: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melahirkan rasa dukacita atas pemergian ayahanda mentua kepada dua Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN), Ustaz Abd Haris Bain dan Ustaz Mohamad Lokman Awang iaitu Almarhum Hj Abdul Wahab Hj Abdul Rahman, 78, pada jam 11.27 pagi Ahad, 26 Mac 2017 di Hospital Kuala Lumpur.

IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai almarhum atas pemergian ini.

Seorang pengusaha katering Wira Salehah, almarhum merupakan ayahanda kepada Ustazah Rosmawati (isteri Ustaz Haris) dan Ustazah Hayatun Nisa’ (isteri Ustaz Lokman). Kedua-duanya juga adalah aktivis IKRAM.

Jenazah almarhum telah disolatkan di Surau Taman Maluri, Cheras dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sakinah, Taman Batu Muda, Batu Caves.

Semoga Allah SWT mengampuni dan merahmati almarhum, memberikan kesabaran kepada ahli keluarganya dan menempatkan almarhum dalam kalangan para solihin, insya-Allah.

Hj Nahar Md Nor
Setiausaha Agung IKRAM

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia