Pada hari ini, Pertubuhan IKRAM Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang kakitangannya, almarhumah Nik Khatijah binti Nik Mud.
Seperti yang dilaporkan oleh pihak media, kes kini di bawah siasatan pihak polis. IKRAM telah, sedang dan akan terus memberi kerjasama sepenuhnya dalam siasatan ini.
Kebajikan keluarga dan waris almarhumah sedang diuruskan. Mohon kepada semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi bagi menghormati perasaan keluarga dan sahabat handainya.
Marilah kita sama-sama menitipkan doa semoga roh almarhumah dicucuri rahmat dan memperolehi keampunan Ilahi.
Pejabat Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia