Peletakan jawatan Datin Paduka Che Asmah sebagai Ahli JKP IKRAM

Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM telah meluluskan peletakan jawatan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim dan telah disahkan oleh Dewan Perwakilan Nasional (DPN) berdasarkan peruntukan Fasal 18.3 Perlembagaan IKRAM.

 

IKRAM menghormati keputusan Datin Paduka Che Asmah Ibrahim untuk melepaskan jawatannya dalam IKRAM dan terlibat aktif dalam medan lain.

 

Sebagai salah seorang Naib Presiden dalam IKRAM, beliau telah menunjukkan kegigihan dan kesungguhan yang amat tinggi dalam mempelopori usaha-usaha IKRAM khususnya dalam membangunkan institusi-institusi di bawah seliaan IKRAM dalam memastikan tadbir urus yang baik.

 

IKRAM percaya dengan latar belakang, pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau boleh berjaya dalam apa juga medan yang bakal diceburi.

 

IKRAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada beliau atas sumbangan yang amat besar kepada IKRAM khasnya dan masyarakat amnya.

 

Semoga beliau dapat terus menyumbang kepada pembinaan negara bangsa Malaysia dalam medan yang diceburinya.

 

IKRAM berdoa agar Allah SWT sentiasa memberi petunjuk dan hidayah-Nya dalam setiap urusan beliau. Selamat maju jaya.

Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia