Pelepasan Zahid Hamidi: Rakyat Perlukan Penjelasan

Pelepasan Zahid Hamidi: Rakyat Perlukan Penjelasan | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) berpandangan bahawa rakyat berhak diberikan penjelasan yang jelas dan tuntas daripada Jabatan Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan tanpa membebaskan (discharge not amounting to acquittal) YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada kesemua 47 pertuduhan jenayah melibatkan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.

IKRAM telah meneliti 11 alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan dan percaya bahawa penjelasan lanjut adalah penting.

Alasan bahawa siasatan yang menyeluruh dan lengkap perlu dilaksanakan terlebih dahulu dalam keadaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Januari 2022 telah pun memutuskan wujudnya kes ‘prima facie’ adalah sangat membingungkan dan menimbulkan banyak persoalan. 

Hal ini berbeza sekiranya pertuduhan tersebut belum diputuskan sebagai ‘prima facie’ oleh Mahkamah lagi.

IKRAM berasa bimbang sekiranya penarikan balik kesemua pertuduhan tersebut adalah bermotifkan politik, sekali gus menghakis kepercayaan rakyat terhadap integriti dan komitmen Kerajaan Perpaduan dalam memerangi rasuah.

IKRAM juga mengambil berat peringatan daripada Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang menegaskan berkenaan pembaziran masa mahkamah dan wang rakyat lebih-lebih lagi apabila seramai 99 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pendakwaan dan 15 orang saksi telah dipanggil oleh pihak pembelaan.

IKRAM selanjutnya mendesak agak pihak Kerajaan Perpaduan meneruskan agenda reformasi untuk memisahkan Pejabat Pendakwa Raya Negara daripada Pejabat Peguam Negara, meletakkan Pejabat Pendakwa Raya dan SPRM di bawah Parlimen agar ia bebas daripada pengaruh Eksekutif dan menggubal Akta Pendanaan Politik dengan kadar segera demi mengelakkan sebarang konflik berkepentingan pada masa hadapan.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

 

[English Version]

Zahid Hamidi Discharge: The Rakyat Deserves Clarification

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) opines that the rakyat is deserving of a clear and comprehensive explanation from the Attorney-General’s Chambers over the Kuala Lumpur High Court’s verdict of discharge not amounting to acquittal in the case of 47 charges of bribery, breach of trust and money laundering of Yayasan Akalbudi’s funds by Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

IKRAM has scrutinised the 11 arguments given by the prosecution over the application and believes that further elaboration is imperative. The rationale given that a detailed and in-depth investigation must first be undertaken is baffling and raises many questions in light of the establishment of prima facie in the Kuala Lumpur High Court on 24 January 2022. The matter would be decidedly different if prima facie had not yet been established.

IKRAM is concerned over the possibility of political motivation behind withdrawal of all the charges, which would concurrently erode the rakyat’s trust in the integrity and commitment of the unity government in eradicating corruption.

IKRAM highlights the firm reprimand by presiding judge Datuk Collin Lawrence Sequerah that a full acquittal would be a waste of public funds and of the court’s time, especially when 99 witnesses have been brought forth to testify by the prosecution and 15 by the defence.

IKRAM subsequently urges the unity government to continue its reformation agenda by segregating the Attorney-General’s Chambers from the Public Prosecutor’s Office (PPO), placing both the PPO and the Malaysian Anti-Corruption Commission under the purview of the Parliament to relieve them of Executive influence and to draft the Political Funding Act with immediacy to preclude future conflicts of interest.

Hj Badlishah Sham Baharin
President
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia