PELANTIKAN YANG DIPERTUA NEGERI (YDPN) DAN TIMBALAN YANG DIPERTUA NEGERI (TYDPN) IKRAM SELANGOR

KENYATAAN MEDIA

PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA NEGERI SELANGOR

Tarikh: 4 Ogos 2026

PELANTIKAN YANG DIPERTUA NEGERI (YDPN) DAN TIMBALAN YANG DIPERTUA NEGERI (TYDPN) IKRAM SELANGOR SESI 2026–2030
SHAH ALAM – Majlis Perwakilan Negeri (MPN) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor kali ke-2 yang bersidang pada 26 Julai 2026 di Dewan Utama Pejabat IKRAM Negeri Selangor, Shah Alam telah menetapkan kepimpinan baharu bagi jawatan Yang Dipertua Negeri (YDPN) dan Timbalan Yang Dipertua Negeri (TYDPN) IKRAM Selangor bagi Sesi 2026–2030.

Hasil daripada persidangan tersebut, MPN IKRAM Selangor telah menerima justifikasi peletakan jawatan oleh Ustaz Dr. Muhammad Azhar Bin Zailani selaku Yang Dipertua Negeri (YDPN). Walau bagaimanapun, beliau kekal berkhidmat sebagai Ahli Majlis Perwakilan Negeri (MPN) IKRAM Selangor. Seluruh warga IKRAM Selangor merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan serta khidmat bakti cemerlang yang telah diberikan sepanjang kepimpinan beliau.

Sehubungan dengan itu, MPN IKRAM Selangor telah memilih Yang Dipertua IKRAM Negeri (YDPN) dan Timbalan Yang Dipertua IKRAM Negeri (TYDPN) Selangor yang baharu seperti berikut:
1) Yang Dipertua Negeri (YDPN):
Hj. Ahmad Raji Bin Yaakub (Mantan TYDPN & Ahli IKRAM Ampang Jaya)
2) Timbalan Yang Dipertua Negeri (TYDPN):

Ustaz Noorsyazly Bin Rameli (Ahli IKRAM Kajang)

Seluruh jawatankuasa dan ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Selangor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah di atas pelantikan ini. Diharapkan agar kepimpinan baharu ini dapat terus memimpin organisasi ke arah memperkasakan agenda dakwah, tarbiyah, serta khidmat masyarakat di negeri Selangor.

Pejabat IKRAM Selangor menyeru agar semua jawatankuasa, ahli, dan rakan strategik dapat memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan kesinambungan gerak kerja serta kejayaan misi organisasi.

“Ukhuwah Teras Kegemilangan”

Yang menjalankan amanah,
HJ. MOHD DUSUKI BIN MOHD NOR
Setiausaha Negeri
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Selangor (Sesi 2026–2030)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia