Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;
Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;
Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;
Menegakkan syariat Islam secara praktikal;
Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;
Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.
3. IKRAM menyatukan di dalam satu organisasi, kerja-kerja dakwah yang telah diusahakan oleh ahli di bawah berbagai nama. Dengan tertubuhnya IKRAM kegiatan-kegiatan seperti dakwah kepada yang belum Islam, pendidikan, wanita, remaja, belia, kebajikan, bantuan kemanusiaan, hak asasi manusia dan tadbir urus baik (good governance) akan digabung (consolidate) dan diperteguhkan.
4. IKRAM akan bergerak sebagai organisasi massa dan memilih pendekatan aman dalam mencapai matlamatnya. IKRAM memberi keutamaan kepada pendekatan mendidik dan yakin perubahan masyarakat bermula dengan perubahan diri dari sudut ilmu, kepercayaan (aqidah) dan amal (akhlak). Oleh itu tarbiah dan pembangunan insan mencirikan IKRAM dan menjadi sumbangan utamanya kepada masyarakat.
5. IKRAM akan bersama-sama dengan badan-badan Islam lain untuk memperjuangkan kepentingan Islam dan umat Islam serta bersama-sama dengan seluruh warga masyarakat madani dalam memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan masyarakat.
Semoga dengan tertubuhnya IKRAM usaha dakwah ke arah Islam dan perjuangan menegakkan keadilan di Malaysia akan bertambah semarak, insya-Allah.
Dr. Mohd Parid Sheikh Haji Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)