IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

30 Jun 2010 / 17 Rejab 1431

IKRAM BERSEDIA MENYUMBANG BAGI MEMBANGUNKAN SISTEM  PENTAKSIRAN PELAJAR YANG LEBIH MENYELURUH

IKRAM adalah sebuah NGO Islam yang menaungi rangkaian 34 buah sekolah-sekolah menengah dan rendah yang mengambil pendekatan pendidikan secara holistik, bersepadu dan berteraskan aqidah Islam. Sekolah-sekolah ini telah beroperasi  sejak tahun 1985 dan pada tahun 2000 disejajarkan di bawah Pusat Pendidikan SRI SMI Berhad (MUSLEH).  MUSLEH kini bergabung dengan/di bawah IKRAM menjadikan IKRAM kini menaungi lebih 14,000 orang murid, 1,100 orang pendidik dan  20,000 orang ibubapa di seluruh negara.

2.    Matlamat Pendidikan IKRAM, adalah untuk “memperkasa pendidikan Islam ke arah menjana generasi rabbani (yang diredhai Allah)”.

3.    MUSLEH telah membina satu sistem pentaksiran yang holistik dan bersepadu bagi menilai dan meningkatkan pencapaian prestasi pelajar secara berterusan di sekolah secara lebih menyeluruh dan seimbang. Sistem tersebut dinamakan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM).

PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

Kenyataan Media
Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

20 Jun 2010 / 7 Rejab 1431

PELANCARAN PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA (IKRAM)

Hari ini kita menyaksikan pelancaran satu pertubuhan bukan kerajaan yang baru didaftarkan pada 22 Oktober 2009. Setakat ini IKRAM mempunyai enam puluh sembilan (69) cawangan daerah dan empat belas (14) cawangan negeri. Ahlinya sudah menjangkau tiga ribu lima ratus (3500) orang.

2.    Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah NGO Islam yang komprehensif dan yang berusaha untuk menegakkan Islam di Malaysia. Perlembagaan IKRAM menyebut matlamatnya seperti berikut:

  1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

  2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;