Pelancaran IKRAMTeens gilang-gemilang

Ketika ramai belia Malaysia lain berduyun-duyun membanjiri Boulevard Putrajaya dalam Himpunan Sejuta Belia 2011, rupa-rupanya pelancaran kelab remaja tersebut menjadi acara gilang-gemilang yang tidak kurang hebatnya.

IKRAMTeens ditubuhkan untuk meningkatkan potensi diri remaja melalui pelbagai aktiviti yang dijalankannya. Kelab yang bernaung di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) ini menggenggam misi untuk membentuk remaja yang menghayati Islam secara menyeluruh, berkepemimpinan tinggi melalui bimbingan yang komprehensif, kontemporari, seimbang dan berterusan serta mampu untuk menjadi remaja yang bermanfaat kepada masyarakat dan negara.

Deretan bas dan kereta mula melintasi podok pengawal SAS menuju ke dewan besar seawal jam 7.30 pagi lagi. Kira-kira 1,000 kerusi yang disediakan di dewan hampir dipenuhi sebaik sahaja majlis dimulakan tepat jam 9.00 pagi.

Sejurus selepas pengacara Kapten Dhany Sarip membuka majlis, ruang dewan dialun bacaan indah ayat-ayat suci al-Quran dari surah Luqman oleh pelajar tahfiz, Muhammad Fauzan, diikuti nyanyian lagu IKRAM oleh seluruh hadirin.

Pelancaran IKRAMTeens

Pelancaran IKRAMTeens

Pelancaran IKRAMTeens

Pelancaran IKRAMTeens telah disempurnakan oleh Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang hadir bersama beberapa pimpinan IKRAM lain termasuk Naib Presiden Syed Ibrahim Syed Noh, Setiausaha Agung Hj Zaid Kamaruddin, Penolong Setiausaha Agung Hj Mohamad Yaakub Idris, Pengerusi Musleh Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor serta Ahli Jawatankuasa IKRAM Pusat yang lain iaitu Datin Paduka Che Asmah Ibrahim, Hj Nahar Mohd Nor, Hj Fadzil Salleh dan Hj Shaharom Md Shariff.

Pelancaran IKRAMTeens

Dr Mohd Parid (kanan) dalam ucapan perasmiannya memuji semangat remaja yang datng dari seluruh pelosok Malaysia termasuk dari Sibu, Sarawak. Sambil mengingatkan bahawa remaja adala aset terpenting negara, beliau menjelaskan bahawa mewujudkan platform pembangunan dan kepemimpinan remaja memang menjadi aspirasi IKRAM yang terkandung dalam Fasal 9.2.9 perlembagaan pertubuhan tersebut.

“Dengan pelancaran IKRAMTeens yang membawa moto “Menyerlah Jauh Daripada Biasa”, kita berharap dapat menyediakan pemimpin-pemimpin masa depan yang bercita-cita besar, yang memimpin dunia tetapi dalam masa yang sama menjadi umat terbaik sebagaimana yang disebut Allah dalam al-Quran,” katanya.

Remaja sedemikian, kata beliau, adalah remaja yang mempunyai jiwa yang ahrar (bebas) dan abrar (baik), bebas serta berani menyatakan kebenaran tetapi terpandu oleh kebaikan.

Pelancaran IKRAMTeens

Terdahulu, Pengerusi Unit Remaja IKRAM Pusat merangkap Penasihat Pelancaran, Mokri Sabran (kiri) dalam ucapannya yang penuh semangat berharap satu hari nanti, remaja IKRAMTeens bakal memimpin jutaan belia Malaysia ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Ucapan beliau disokong oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemuda IKRAM Pusat, Fadzil Salleh yang menyatakan bahawa suasana dan bimbingan solehah yang dilakarkan buat IKRAMTeens itulah yang membezakan mereka dengan remaja-remaja ‘di luar sana’.

Suasana yang agak panas di dalam dewan tidak membuatkan peserta berganjak apabila majlis diselang seli dengan persembahan hebat kumpulan dari Indonesia, Izzatul Islam dengan lagu-lagunya yang membakar semangat perjuangan. Kumpulan yang juga dikenali sebagai Izis ini dijemput khas bersempena dengan program ‘Jelajah Malaysia’nya dari 27-31 Mei 2011. Izis turut mencipta dan menulis lagu rasmi IKRAMTeens dan menyanyikannya bersama hadirin.

Pelancaran IKRAMTeens

Pelancaran IKRAMTeens

Pelancaran IKRAMTeens

Artis tempatan Muadz yang diundang ke majlis ‘Himpunan Sejuta Belia’ sempat singgah sebentar untuk menyampaikan sebuah lagu berentak menarik, ‘Make the Best’, lagu klasik ‘Al-Aqsa’ dan lagu popularnya ‘Stand Up’. Beliau yang sering menampilkan persembahan dalam program-program anjuran IKRAM mengaku berasa begitu teruja apabila mengetahui pelancaran IKRAMTeens diadakan semalam.

Majlis tambah bermakna apabila dihidupkan dengan pengisian bicarawara berjudul “Wow! Khalifah Muda” yang dikendalikan oleh Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus. Walaupun diberitakan kurang sihat, mantan Pengerusi Aqsa Syarif Berhad ini tampak begitu bersemangat dan bijak dalam persembahannya.

Seusai program kira-kira jam 1.00 tengah hari, riak wajah peserta yang beransur-ansur meninggalkan dewan membayangkan harapan baru lahirnya pemimpin dari takungan yang baik untuk memacu bumi Malaysia ke masa hadapan yang lebih gemilang.

Pelancaran IKRAMTeens

ikramteens

ikramteens

ikramteens

ikramteens

Pelancaran IKRAMTeens

Maklumat lanjut mengenai IKRAMTeens boleh dicapai menerusi laman sesawang http://ikramteens.ikram.org.my dan http://www.facebook.com/IKRAMTeens.

(Foto-foto oleh Abu Ikram dan Mohd Khalid)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia