Pelan tindakan komprehensif selesaikan isu perkahwinan bawah umur

Isu perkahwinan bawah umur sekali lagi menggemparkan negara apabila seorang lelaki berusia 41 tahun telah bernikah dengan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun untuk dijadikan isteri ketiga. Kejadian ini dilihat sebagai kegagalan sistem perundangan negara dalam melindungi hak kanak-kanak daripada dieksploitasi. 

Susulan itu, banyak pihak telah menggesa supaya pindaan kepada had umur perkahwinan daripada umur 16 tahun ke umur 18 tahun dibuat segera bagi mengelakkan kejadian seumpama ini daripada berulang. Tidak kurang juga yang mencadangkan agar dilakukan lebih banyak kajian bagi mencari jalan penyelesaian.

Wanita IKRAM turut merasa kesal, kerana kejadian sebegini masih terus berlaku dalam suasana masyarakat yang dikatakan sudah bertamadun. Wanita IKRAM mengikuti dan terlibat dalam pelbagai perbincangan meja bulat, wacana dan forum yang dibuat pelbagai pihak.

Kami berpandangan bahawa kajian yang ada sudah mencukupi untuk pihak kerajaan mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu ini. Wanita IKRAM menyokong usaha untuk meningkatkan had umur perkahwinan dengan syarat.

Namun demikian, pindaan peruntukan undang-undang semata-mata tidak cukup untuk menyelesaikan masalah ini kerana cabaran utamanya adalah dalam mengimplementasi dan memastikan kepatuhan semua anggota masyarakat terhadap undang-undang yang digubal.

Wanita IKRAM dengan ini mengesyorkan agar:

1. Diwujudkan satu pelan tindakan yang komprehensif bagi menyelesaikan masalah ini secara holistik dengan jejak kunci dan indikator yang jelas.

2. Pelan tindakan ini perlu mengambil kira pelbagai sudut pandang termasuk aspek perundangan, aspek pendidikan dan advokasi, baik yang formal atau tidak formal serta aspek sosioekonomi masyarakat.

Ianya perlu bersifat universal, kerana hasil kajian menunjukkan bahawa perkahwinan di bawah umur ini bukan sahaja melibatkan masyarakat beragama Islam, tetapi lebih kerap diamalkan oleh masyarakat bukan Islam di Malaysia.

Setiap satu aspek dalam pelan tindakan ini, perlu ditangani mengikut keutamaan. Ianya juga perlu merangkumi tindakan jangkamasa pendek, sederhana dan jangkamasa panjang yang akan mengesani seluruh rakyat Malaysia.

3. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat disarankan agar menjadi pemacu pelan tindakan ini. Kedudukan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat boleh membantu memacu pelan ini merentasi sektor dan bidang kuasa pelbagai kementerian.

Wanita IKRAM yakin, penglibatan dan gerakerja yang komprehensif dan bersepadu oleh semua pihak, baik daripada pihak kerajaan, swasta, badan-badan bukan kerajaan dan ahli masyarakat mampu memberi jalan keluar terbaik kepada isu yang telah lama menjadi polemik masyarakat.

Semoga usaha ini berupaya menyumbang kepada pembinaan Malaysia baharu yang lebih sejahtera.

Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia