Pelajar sekolah pula sah positif Covid-19

 “Murid tersebut menjadi kontak rapat kepada ibunya yang juga disahkan positif wabak itu.”

 

Menurut sumber, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seremban telah mengesan 35 kontak rapat kepada murid tersebut dan mereka diminta untuk membuat ujian calitan di PKD Seremban.

 

“Setakat ini kita hanya membuat ujian pengesanan secara bersasar, seramai 35 murid di sekolah itu akan di panggil untuk menjalani ujian calitan, ini termasuklah murid yang menaiki van sekolah yang sama dengan murid tersebut.”

 

Proses untuk mengenal pasti guru yang mengajar kelas itu turut dijalankan dan sehingga kini, masih belum dapat disahkah lagi berapa ramai guru yang akan dipanggil.

 

“Sekolah tersebut juga telah pun disanitasi sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kejadian itu dan atas nasihat PKD Seremban, sekolah boleh beroperasi seperti biasa, tidak perlu ditutup, hanya kelas yang bersasar sahaja perlu ditutup manakala murid kelas terbabit juga telah diberikan cuti sejak Khamis lalu.”

 

PKD turut berkata, sekolah berada dalam keadaan selamat, jadi ibu bapa tidak perlu bimbang dan panik dengan kejadian ini, malah semua langkah keselamatan juga telah diambil oleh pihak sekolah.

 

Sebelumnya, pada 16 Mac lalu, murid tahun enam di sebuah sekolah kebangsaan di Negeri Sembilan dikesan positif Covid-19 dan kesemua 26 murid yang merupakan rakan sekelas murid berkenaan diarahkan menjalani ujian calitan Covid-19.

 

“Kesemuanya diarahkan menjalani ujian calitan di Klinik Kesihatan Gemencheh.”

 

Ini termasuk sembilan guru di sekolah yang sama turut menjalani ujian calitan berkenaan.

 

“Pihak sekolah atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan mengambil tindakan bersesuaian sekiranya terdapat penambahan bilangan murid yang positif Covid-19.” katanya.

 

Sebagaimana yang dilaporkan, sekolah berkenaan masih beroperasi seperti biasa kecuali kepada individu yang telah diarahkan menjalani ujian calitan.

 

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan proses sanitasi telah dilaksanakan di sekolah berkenaan.

 

“Kontak rapat telah disaring dan diasingkan daripada sesi persekolahan berkenaan,” katanya.

 

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 333,040 selepas 1,327 kes baharu dilaporkan pada Ahad.

 

“Daripada jumlah itu, 1,316 kes membabitkan penularan tempatan, manakala 11 lagi adalah kes import,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Beliau berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah kes aktif meningkat kepada 14,518 orang dan sebanyak 1,247 kes sembuh baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh melonjak kepada 317, 289 orang.

 

“Selangor kekal merekodkan kes harian tertinggi iaitu 356 kes, diikuti Sarawak 276 dan Pulau Pinang iaitu 205 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

 

Manakala, sebanyak empat kematian baharu dilaporkan menjadikan kumulatif kes kematian akibat Covid-19 bertambah kepada 1,233 kes.

 

“Jumlah pesakit yang dirawat di unit rawatan rapi ketika ini adalah 154 termasuk 65 kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” jelas Noor Hisham.

 

Berdasarkan data Johns Hopkins University, angka korban global akibat COVID-19 kini melepasi angka 2.71 juta.

 

Selepas lebih 9,000 kes kematian baharu direkodkan di seluruh dunia menjadikan jumlah kumulatif kematian kini melepasi 2.71 juta kes dan Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 542,000 kes.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia