Pegawai MAIS lawat Hidayah Centre Foundation

Mereka juga ingin bertukar pandangan berkaitan proses kerja dan permasalahan yang dihadapi sepanjang urusan pengislaman yang diuruskan oleh HCF khususnya.

Pegawai MAIS tersebut ialah En Che Mohd Noor Lee Abdullah (ketua delegasi), En Mohd Zaipullah Mohamad Kassim dan Puan Zuraidah Mahari. HCF pula diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Wan Ahmad Nizar Zakaria, Pengurus Zun Arif Hakim Abd Rahman, Muhammad Fakharuddin Abdul Kudos dan Puan Siti Hamisah Manan.

Para pegawai MAIS turut melihat gerak kerja HCF secara lebih dekat dan wakil HCF telah memberikan taklimat sewajarnya dalam pengurusan pengislaman dan juga mengenai Hidayah Centre Information System (HCIS) yang menyimpan data saudara baru yang memeluk Islam melalui HCF.

HCF kini adalah salah satu NGO yang berdaftar dengan MAIS di mana HCF mendapat kemudahan pengambilan borang pengislaman, buku teks muallaf dan buku hadiah untuk saudara baru di samping saguhati RM500 kepada mereka yang baru memeluk Islam di Selangor.

Mudah-mudahan kerjasama erat MAIS-HCF akan berterusan supaya urusan saudara baru dapat dipermudahkan dan dilaksanakan sebaiknya, insya-Allah.

Foto: (Duduk dari kiri) Mohd Zaipullah, Che Mohd Noor Lee dan Wan Ahmad Nizar. (Berdiri dari kiri) Siti Hamisah, Zuraidah, Muhammad Fakharuddin dan Zun Arif Hakim.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia