Pedofilia, pornografi & jenayah siber: Peranan semua pihak lindungi anak-anak

Dalam program yang bertemakan ‘Selamatkah Anak-anak kita?’, beliau juga menyeru semua ahli masyarakat termasuk guru untuk bersama prihatin membentuk suasana dan persekitaran yang selamat kepada anak-anak.

“Keluarga adalah satu unit kecil yang sangat penting dalam mengawal tingkah laku dan membentuk peribadi anak-anak.

“Ibu bapa yang boleh mengesan perkara berpotensi mengancam keselamatan dan perkembangan anak-anak akan berupaya melindungi mereka dengan lebih baik,” jelas beliau.

Dr Hafidzah berkata demikian sebelum melancarkan kempen Mothers Against Pornography (MAP) peringkat Negeri Kelantan pada Jumaat, 14 April 2017 Dewan Kuliah 1 Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di sini.

Kempen MAP adalah satu usaha IKRAM untuk membimbing kanak-kanak seawal usia lima tahun tentang sentuhan selamat dan tidak selamat serta memberi kesedaran terhadap ancaman pedofilia, pornografi dan jenayah siber.  

Forum “Ancaman Pedofilia, Pornografi Dan Jenayah Siber” telah dianjurkan oleh Wanita IKRAM Kota Bharu dengan kerjasama Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) PPSG USM dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Rendah Islam Aman.

Majlis dirasmikan oleh Dr Azlina Ahmad, Timbalan Dekan BJIM PPSG, yang menekankan bahawa masyarakat perlu diberi peringatan dan kesedaran tentang bahaya pedofilia, pornografi dan jenayah siber yang telah menjadi wabak dalam kalangan anak muda.

Sekitar 100 peserta yang hadir dalam program ini terdiri daripada staf USM, ibu bapa, guru-guru dan beberapa NGO di sekitar Kota Bharu. Turut serta dalam program ini juga ialah seorang aktivis sosial terkenal iaitu Syed Azmi Al-Habsyi sebagai tetamu forum.

Forum tersebut menampilkan perkongsian daripada tiga panelis iaitu Puan Azlina Roszy Mohammad Ghaffar, Pakar Klinikal Psikologi Kanak-Kanak Hospital Pakar An-Nur Bangi; Dr Norzila Zakaria, Pakar Psikiatri Kanak-Kanak USM, dan ASP Tengku Maslina Tengku Mansor, Pegawai Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan serta En Mohd Afiq Kamarudin sebagai moderator forum.

“Pedofilia adalah salah satu penyakit psikiatri iaitu kecelaruan seksual dalam kalangan pelakunya terutama lelaki dewasa yang mengalami kecenderungan dan fantasi seksual terhadap kanak-kanak bawah umur baligh.”

Tambahnya lagi, ia diklasifikasikan sebagai jenayah seks ke atas kanak-kanak dan sebahagian kes membawa kepada aksi seksual terhadap kanak-kanak” jelas panel pertama Dr Norzila Zakaria.

“Namun kurang kesedaran tentang pedofilia dan kekeliruan kanak-kanak mangsa pedofilia menyebabkan banyak kes-kes yang tidak dikenal pasti atau dilaporkan.”

Menurut panel kedua, Puan Azlina Roszy, pornografi adalah sejenis dadah alaf baru dan merupakan satu industri mensasarkan golongan muda yang mana akses kepada bahan tersebut adalah percuma tidak perlu dibeli, malahan berada dalam rumah sahaja.

“Pendedahan yang melampau kepada dunia siber merisikokan anak-anak dengan pornografi,” tegas Azlina lagi.

Jelas beliau, kebanyakan video pornografi dimainkan dalam masa yang singkat namun pendedahan yang berulang kali membawa kepada masalah ketagihan yang serius kepada anak-anak yang dalam proses perkembangan minda.

Panel ketiga, ASP Tengku Maslina dalam menyentuh tentang akta dan penguatkuasaan dalam melindungi kanak-kanak daripada ancaman ini dan keganasan seksual juga turut membangkitkan beberapa halangan yang dihadapi pihak polis dalam membawa pelaku ke muka pengadilan.

“Pihak polis turut mengajak masyarakat untuk lebih perihatin dan tampil membantu mangsa jika mempunyai maklumat berkaitan”.

Menurutnya lagi, walaupun pedofilia adalah satu penyakit mental namun kecelaruan yang dialami oleh pelaku pedofilia sebahagian besar adalah dibentuk dan dibina sebagai contoh daripada ketagihan pornografi.

“Justeru, langkah pencegahan amatlah perlu dimulakan sejak kecil bermula dari rumah. Ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dengan anak perlu mempunyai kesedaran dan ilmu untuk mengelakkan anak-anak mereka menjadi pemangsa pedofilia apatah lagi mangsa. Mangsa dan pemangsa kepada pedofilia dan pornografi ini memerlukan rawatan daripada pakar beserta bimbingan daripada masyarakat.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia