PATIN 2015: Negeri Rahmah Masyarakat Sejahtera

Membawa tema Negeri Rahmah Masyarakat Sejahtera, PATIN 2015 adalah medan terbaik dalam menyampaikan serta menyokong gagasan “Malaysia Menuju Negera Rahmah” yang telah disampaikan oleh Presiden IKRAM, Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) pada 25 Oktober tahun lalu.

Ucaptama Timbalan Presiden IKRAM, pelancaran IKRAM Junior Pahang dan persembahan pelajar SRI Al-Amin Paya Besar

 

Hampir 200 ahli IKRAM Pahang serta para jemputan turut hadir ke PATIN 2015 untuk menjalin silaturahim, berukhuwah serta mendengar ucaptama yang disampaikan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Ustaz Haji Hasanuddin Mohd Yunus dan ucapan aluan oleh YDP IKRAM Pahang, Haji Samsudin Abdullah.

 

Selepas ucaptama, para hadirin berpeluang mendengar penyampaian agensi-agensi di bawah IKRAM antaranya Jawatankuasa Tarbiah, Wanita IKRAM, Hidayah Centre, i-Bantu Pahang dan IKRAM-MUSLEH Pahang.

 

Majlis turut dimeriahkan dengan pelancaran Kelab IKRAM Junior Negeri Pahang yang telah disempurnakan oleh Ustaz Hasanuddin serta diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar Sekolah Rendah Islam Al-Amin Paya Besar, persembahan kanak-kanak Tadika Permata Hidayah dan persembahan bertenaga mahasiswa daripada IKRAM Siswa UIAM Kuantan serta belia IKRAM Pahang (gambar kanan).

 

Semoga perhimpunan ini akan menjalinkan hubungan yang erat dengan kerajaan negeri Pahang, parti-parti politik, NGO-NGO serta agensi kemasyarakatan agar dapat membina negeri Pahang sebagai Negeri Rahmah Masyarakat Sejahtera, insya-Allah.

Sumber: http://on.fb.me/1ByucVg

 

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia