Cuti paterniti, lanjutan cuti bersalin dialu-alukan walaupun terlambat

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengalu-alukan kelulusan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 di Dewan Rakyat baru-baru ini yang membenarkan cuti paterniti selama tujuh hari kepada para pekerja sektor swasta.

 

Perubahan ini adalah terlambat berbanding di sektor awam, namun masih boleh memberi manfaat kepada pembangunan keluarga yang utuh.

 

Pindaan tersebut juga memanjangkan cuti materniti atau cuti bersalin sektor awam dan sektor swasta masing-masing dari 60 hari dan 90 hari kepada 98 hari.

 

Cuti paterniti sebagai tambahan dalam syarat pekerjaan yang dijamin undang-undang penting bagi suami membantu dan memberi sokongan kepada isteri yang baru bersalin menguruskan perubahan yang berlaku dalam keluarga dengan kehadiran ahli baharu.

 

IKRAM menyokong perlanjutan tempoh cuti bersalin kepada 98 hari kerana ia memberi peluang kepada ibu untuk mengasuh bayi pada hari-hari kritikal selepas kelahiran.

 

Ia juga memberi masa yang cukup untuk ibu fokus kepada keadaan kesihatan bayi, diri sendiri dan penyusuan yang produktif dengan penuh kasih sayang.

 

Ini juga dapat mengurangkan beban perasaan seseorang ibu yang terpaksa berpisah dengan bayi untuk pulang bekerja semula selepas bersalin.

 

Kelulusan pindaan Rang Undang-undang Kerja (Pindaan) 2021 oleh Dewan Rakyat ini juga adalah satu pengiktirafan kerajaan kepada peranan utama kaum lelaki dalam pembangunan keluarga dan rumahtangga.

 

IKRAM yakin kelulusan ini juga dapat membantu meningkatkan kesejahteraan keluarga kerana mereka yang terlibat berpeluang berada di sisi pasangan dan bayi masing-masing.

 

Ini dapat menjalinkan tanggungjawab bersama ibu bapa dalam pertumbuhan dan pendidikan anak-anak mereka. Seterusnya, sikap saling bantu membantu ini diharapkan dapat mengekalkan wanita dalam sektor pekerjaan.

 

IKRAM beriltizam untuk sentiasa mencari solusi yang boleh dimanfaatkan oleh semua pihak bagi meningkatkan kesejahteraan keluarga di negara ini, selari dengan ciri ke-6 dalam 12 ciri Negara Rahmah yang IKRAM perjuangkan.

 

Semoga perkembangan ini akan membuka laluan bagi lebih banyak peruntukan undang-undang yang sejahtera buat pekerja dan keluarga di Malaysia.

 

Prof. Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan
Pemangku Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

12 Ciri Negara Rahmah: https://ikram.org.my/12-ciri-negara-rahmah/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia