Pakej Korban Dan Akikah Termurah, RM290 Kembali!

Pakej Korban Dan Akikah Termurah, RM290 Kembali! | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Yayasan IKRAM Malaysia melalui kempen i-Qurban menawarkan harga yang berpatutan dan kaedah pembayaran yang mampu memudahkan ibadah sunat muakkad ini.

“Kenapa anda perlu memilih i-Qurban? Antaranya ialah kerana harganya yang berpatutan: Hanya RM730 sahaja bagi setiap bahagian.”

Selain itu, boleh bayar secara ansuran iaitu ansuran sebanyak dua kali bayaran dan seterusnya, video/gambar akan dibekalkan di samping sijil penyertaan.

Kepada yang ingin melaksanakan ibadah korban atau infak Aidiladha ini boleh daftarkan di https://bit.ly/iqurban.

Dalam pada itu, MyQurbani sekali lagi memberi ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk melaksanakan ibadah korban dan akikah dengan harga yang murah dan berbaloi.

Konsep korban dan sedekah diteruskan dengan sasaran pengagihan daging korban bernilai RM1.5 juta ke 13 buah negara seperti Palestin, Syria, Yaman, Nepal, Malaysia, Somalia dan lainnya.

Melalui MyQurbani, MyCARE sekali lagi menawarkan harga korban termurah iaitu RM290 satu bahagian kerbau di Nepal.

Dengan pengalaman selama 24 tahun, MyCARE melaksanakan amanah ini dengan penuh cermat dan diuruskan dengan amalan terbaik (best practices) serta memastikan aspek kepatuhan hukum syarak diikuti sepenuhnya.

Sebanyak 5,012 penyertaan qurban dan akikah telah berjaya dilaksanakan pada tahun lepas.

“Ayuh laksanakan ibadah korban atau akikah di samping membantu saudara-saudara kita yang memerlukan,” ujar MyCARE.

Segalanya boleh dibuat melalui https://mycare.qrd.by/myqurbani  atau membuat pembayaran melalui bank online/ CDM/ cek: Humanitarian Care Malaysia Berhad CIMB Islamic 8602 13 5592.

Seterusnya, e-mel ke [email protected] atau Whatsapp ke http://wasap.my/601112348212

Selain itu, Hidayah Centre Foundation turut mengambil inisiatif melaksanakan program Qurban for Mualaf bagi memberi pendedahan mengenai ibadah korban sekali gus meraikan para mualaf dan komuniti setempat.

“Majoriti mualaf ini berada di kawasan luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman di seluruh Malaysia terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak,” ujar Hidayah Centre.

Terdapat dua Pakej Qurban For Mualaf iaitu;

Pakej A : Semenanjung & Sabah – RM 790

Pakej B : Sarawak – RM 890

Daftar qurban anda sekarang di https://bit.ly/QfM2022.

Ayuh kita sertai dan kongsi kempen ini kepada semua kenalan seluruh negara. Mudah-mudahan ia menjadi saham akhirat buat kita semua.

 

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia