Pakej Korban 2024 & Sedekah Daging untuk Gaza

Pakej Korban 2024 & Sedekah Daging untuk Gaza | IKRAM

SERI KEMBANGAN  – MyQurbani mengekalkan komitmennya untuk menawarkan pakej termurah RM220 satu bahagian bagi memberi peluang kepada setiap rakyat Malaysia melaksanakan ibadah korban dan akikah dengan harga yang mampu bayar.

MyQurbani merupakan program korban dan akikah tahunan yang dilaksanakan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE). 

Bermula dengan nama Qurban Kasih Ummah yang dikelolakan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), kini ia dijenamakan semula bagi memberi nafas baru dalam pelaksanaan ibadah yang paling dinantikan umat Islam.

Pada tahun ini, MyQurbani menyasarkan pengagihan daging korban bernilai RM2 juta ke sembilan buah negara termasuk negara-negara yang berada di kancah peperangan dan juga yang mengalami bencana alam seperti Palestin, Syria, Yaman, Nepal, Malaysia, Somalia dan beberapa negara lain.

Rakyat Malaysia turut berpeluang untuk melaksanakan sedekah daging atau korban daging tin di Gaza yang akan diuruskan team MyCARE di sana bagi membantu rakyatnya yang sangat memerlukan bantuan nutrisi dan makanan.

Berpengalaman selama 26 tahun dalam program korban ini, MyCARE melaksanakan amanah ini dengan penuh teliti dan diuruskan dengan amalan terbaik (best practice) serta memastikan aspek kepatuhan hukum syarak dipatuhi sepenuhnya.

Orang ramai boleh menyertai MyQurbani dengan melayari pautan https://mycare.qrd.by/myqurbani.

Dalam pada itu, Hidayah Centre Foundation (HCF) turut membuka peluang kepada orang ramai untuk menyertai program Qurban For Mualaf 2024/1445H di seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pada tahun ini, HCF menyasarkan 52 ekor lembu untuk dikorbankan. Qurban for Mualaf dilaksanakan bagi meraikan para mualaf dan komuniti mereka yang majoriti berada di kawasan luar bandar, kampung-kampung dan pedalaman di seluruh Malaysia terutamanya di Sabah dan Sarawak.

Harga bermula RM870 untuk satu bahagian bagi Semenanjung, RM1,200 satu bahagian di Sabah, manakala RM1,380 satu bahagian untuk Sarawak.

Mereka yang berminat untuk melaksanakan korban atau infak boleh mendaftarkan diri di pautan https://bit.ly/QurbanHCF24.

Dalam perkembangan berkaitan, Yayasan Ikram Malaysia melalui kempen i-Qurban  akan melaksanakan korban di beberapa kawasan pendalaman Malaysia. Agihan diberikan kepada golongan asnaf dan fakir miskin, OKU, ibu tunggal, anak yatim termasuk mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan.

Harga yang ditawarkan adalah RM799 untuk satu bahagian di Sabah dan RM870 di Johor dengan peluang bayaran ansuran sebanyak dua kali untuk menyelesaikan ibadan korban. 

Program i-Qurban boleh disertai melalui pautan  https://app.herepay.org/yayasanikrammalaysia/iQurban24_2.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia