Dua pemuda tersebut ialah Vinesh, berbangsa India dari Rawang manakala seorang lagi bernama Alejo yang berasal dari Argentina (gambar atas).
Alejo, yang pernah disantuni di mana beliau dibantu dicarikan rumah dan diperkenalkan Islam melalui Mosque Tour Guide di Masjid Negeri Selangor merasa bertuah kerana memilih Islam sebagai cara hidup.
“Setelah 29 tahun tidak mengikuti mana-mana agama, sekarang saya rasa bersedia untuk menerima kebenaran, inilah sebab mengapa saya memilih Islam,” katanya.
Beliau merasa sangat tenang dan dialu-alukan setelah melafazkan syahadah dalam majlis tersebut. Semoga Allah memelihara iman Alejo dan Vinesh dan memberi kekuatan kepada mereka dalam menghadapi ujian dan cabaran pasca syahadah, insyaa-Allah.
Majlis kali ini menampilkan Xifu Naser sebagai penceramah utama dan beliau berjaya memberikan pencerahan tajuk “Islam The Misunderstood Religion” dengan berkesan tentang salah tanggapan terhadap Islam, isu kalimah Allah, Islam dan terrorism, masuk Islam masuk Melayu dan banyak lagi.
Perkongsian oleh Bro Haramain dari Holland juga sangat menyentuh perasaan. Beliau menceritakan bagaimana beliau menemui hidayah dan cabaran yang dihadapi oleh beliau saudara baru. Amat tersentuh apabila beliau meminta maaf bagi pihak umat Islam kepada non-Muslim apabila Islam dikaitkan dengan keganasan oleh tindakan umat Islam yang tidak mengamalkan Islam yang sebenarnya.
Sekitar 100 orang peserta di mana 46 orang daripadanya adalah tetamu non-Muslim hadir dalam program bulanan ini yang dipengerusikan secara santai dan mesra oleh aktivis Hidayah Centre, Sdr Muhammad Fakharuddin Abd Kudos.
Tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan OYED kali ini. Semoga bertemu dalam OYED pada bulan Oktober nanti, insyaa-Allah.
Video majlis: http://bit.ly/ZVgZYX