Wanita IKRAM telah diundang mengambil bahagian dalam pameran manisan tradisional sempena sambutan tersebut yang bertempat di Selangor & KL Shing An Association pada 18 Disember di sini.
“Acara utama program adalah pameran manisan tradisional sempena perayaan Dongzhi iaitu bebola yang dibuat daripada tepung pulut yang dimasak dengan pelbagai cara dan ramuan yang telah disediakan oleh 10 persatuan wanita Cina,” ujar Eksekutif Wanita IKRAM, Nik Khatijah Nik Mud.
Para hadirin program dan penghargaan pihak penganjur kepada Wanita IKRAM
Menurutnya, Wanita IKRAM turut berpeluang menyediakan kuih onde-onde untuk sajian para hadirin dalam pameran tersebut.
“Sambutan kaum Tionghua terhadap kuih tradisional ini amat menggalakkan sekali.”
Wanita IKRAM yang diketuai setiausahanya, Prof Madya Dr Sabariah Baharun turut memberikan pengenalan tentang cara pembuatan kuih onde-onde kepada semua hadirin.
“Kami (Wanita IKRAM) mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pihak penganjur di atas jemputan ke program ini,” ujar beliau.
Sehubungan dengan itu, Dr Sabariah mengharapkan program seumpama ini diteruskan pada masa akan datang dan semoga dapat mencetuskan rasa kebersamaan dan memupuk keharmonian masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
Pihak penganjur turut memberikan penghargaan atas kesudian Wanita IKRAM untuk bersama menjayakan program kali ini.
Foto program: http://bit.ly/2hcm6PJ