Niqab bukan sekadar penutup wajah

Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan mereka sendiri yang dilihat seolah-olah menyalahgunakan fungsi utama niqab ini. Antaranya apabila ada segelintir niqabis memuat naik gambar selfie atau berswafoto dengan wajah yang tertutup ditambah pula warna-warna yang menghiasi kelopak mata sehingga membuat si pemakainya menjadi tabarruj. Subhanallah.

 

Turut menyedihkan apabila niqab dipakai secara on-off dan ditunjukkan kepada khalayak orang ramai sehingga pujian berciciran di ruang komentar. Sebenarnya hal ini sudah pernah terjadi dalam kalangan artis sendiri dan akhirnya mereka memutuskan untuk tidak memakainya lagi. Allahuakbar.

 

Akhir zaman ini niqab seolah-olah hanya dijadikan sebagai alat mainan. Saya mulai berfikir di manakah kekuatan mempertahankan niqab ini sewaktu mula-mula mengenakannya? Adakah niat memakai niqab telah pun luntur digoda oleh hasutan dunia?

 

Jujur saya katakan, individu yang tersenarai dalam kelompok ini sebetulnya masih gagal memahami erti berniqab yang sebenarnya. Niqab bukan sekadar penutup wajah, tetapi niqab sekali gus memelihara kehormatan seorang wanita Muslimah.

 

Antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah perbuatan ini ialah:

 

1. Berniqab hanya sekadar trend sahaja

 

Maklum mengetahuinya bahawa, sekarang ini telah ramai usahawan mengeluarkan fesyen niqab yang berwarna selain hitam. Maka, secara tidak langsung sesetengah individu berkemungkinan mengenakan niqab ini hanya sekadar mengikuti trend semasa.

 

2. Kurangnya mendalami ilmu agama

 

Kekurangan ilmu pengetahuan ini menyebabkan ilmu berkenaan menutup muka tidak didalami secara serius. Sekiranya ilmu tersebut berjaya dicapai, ia justeru mengajarkan kepada para niqabis untuk malu menanggalkannya.

 

3. Masalah peribadi, depresi dan sebagainya

 

Punca ini juga membawa kepada sebahagian kecil niqabis ingin membuka penutup wajahnya. Isu ini sepatutnya perlu ditangani dengan sewajarnya dan diselesaikan dengan baik, kemudian berjumpa dengan pakar psikiatri yang layak mengubati penyakit ini. Jika mahu menanggalkannya juga, eloklah berada di rumah sahaja sehingga pulih seperti sediakala.

 

Faktor-faktor ini boleh menjadi punca kepada segelintir niqabis berani melakukan sedemikian. Halangan daripada keluarga mahupun terkena kejutan budaya menjerumuskan mereka ke arah yang tidak disangka-sangka.

 

Berkaitan pendapat ulama mengenai hukum menutup wajah, majoriti berpendapat ia adalah wajib. Bahkan dalam kalangan empat mazhab sendiri berbeza dalam menentukan kewajiban menutup wajah. Antaranya yang mewajibkannya ialah mazhab Syafii sendiri, rata-ratanya menganjurkan untuk menutup wajah sekiranya ia menimbulkan fitnah seperti terlalu cantik dan sebagainya.

 

Seterusnya ulama kebelakangan yang berpegang kepada menutup wajah adalah tidak wajib ialah seperti Syeikh Nashiruddin al-Albani dan Dr Yusuf al-Qaradhawi. Tidak terkecuali seorang muhaddith dan ulama dari Saudi, menyokong kewajiban berniqab ini seperti Syeikh Muhammad Shalih al-Uthaimin. Kata beliau:

 

“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah daripada lelaki ajnabi.” (Fatawa Nurun ‘Alad Darb, http://www.ibnothaimeen.com/all/noor/article_4913.shtml)

 

Penutup wajah boleh dibuka hanya kerana beberapa maslahat yang dibenarkan untuk keselamatan seperti dalam urusan saksi, meminang wanita, berubat dan lain-lain lagi yang mustahak.

 

Bagi para wanita yang sedang memasang niat hendak berniqab mahupun berpurdah disarankan agar menggali ilmu berkaitan hukum menutup wajah terlebih dahulu seterusnya mengambil kira risiko seperti tidak boleh membukanya sesuka hati di hadapan bukan mahram. Berilmu dahulu, beramal kemudian.

 

Justeru, bagaimanakah cara ataupun solusi bagi membendung situasi ini yang semakin marak saban hari agar menutup wajah ini tidak menimbulkan stigma yang negatif dalam kalangan masyarakat? Berikut disenaraikan empat tip dan panduan buat kaum wanita yang menutup muka agar dapat membantu mempraktikkannya.

 

Pertama, mulailah memiliki kesedaran diri atas perbuatan sendiri yang boleh mengundang fitnah kepada diri, masyarakat dan agama. Muhasabah dan semak semula niat ketika mulai menutup muka.

 

Kedua, jagalah hubungan dengan Allah SWT. Sesungguhnya manusia tidak lari daripada kesilapan yang dilakukan sepanjang hidup sebagai hamba di dunia. Oleh kerana itu, mohonlah keampunan dan berdoalah agar diberikan kekuatan serta semangat dalam berusaha memelihara kehormatan.

 

Ketiga, dekati rakan-rakan yang baik dan jauhi rakan-rakan yang membawa kepada kemaksiatan. Carilah sahabat yang memiliki tekad dalam mempertahankan niqab dan bukan pula yang suka mencela serta mengecam golongan berniqab.

 

Keempat, jauhilah berswafoto dan bertabarruj bagi niqabis. Andai mahu menangkap gambar, bergambarlah dengan posisi yang elok dan sopan. Jika para lelaki tidak berhenti-henti komen dan menghantar pesan berunsur lucah, ketahuilah ia adalah berpunca daripada sikap yang gemar berkongsi gambar-gambar yang tidak sepatutnya di laman sosial. 

 

Bentengi diri kita dengan memagarkan ia dengan ilmu dan perasaan khauf (takut) terhadap murka dan azab-Nya. Jauhilah perkara-perkara yang mampu membuka ruang kejahatan.

 

Usah jadikan hal-hal tersebut sebagai tiket untuk berhajat membuka niqab semata-mata. Dikhuatiri ia boleh sampai mempersendakan kemuliaan penutup wajah. Ketahuilah bahawa, wanita ialah golongan paling ramai menghuni neraka. 

 

Daripada Imran bin Husain radiallahuanhu, Nabi SAW bersabda:

اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاء

 

“Aku diperlihatkan di syurga. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum fakir. Lalu aku diperlihatkan neraka. Aku melihat kebanyakan penghuninya adalah para wanita.” [Sahih Bukhari (3241) dan Muslim (2737)]

 

Duhai ibu dan ayah, nasihatilah anak-anak yang masih di bawah tanggungan dengan cara memberikan didikan yang betul dan pelajaran asas-asas agama yang sahih.

 

Buat para suami, lindungilah para isteri dengan cara membimbing dan mengajak mereka agar tidak jemu melazimi ilmu. Nasihatilah dengan tegas namun tetaplah berhikmah kerana isteri ialah amanah daripada-Nya.

 

Usaha menutup wajah dan hanya ingin dipamerkan kepada sang suami akan senantiasa dipuji dan disokong. Kepada wanita yang berniqab dan terkadang membuka niqab, didoakan semoga istiqamah dalam melaksanakan kebaikan. Rasulullah SAW bersabda:

 

الْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ

“Malu merupakan sebahagian daripada keimanan.” [Shahih Muslim, No. 161]

 

Wallahu ‘alam. 

Nasihat sayang daripada seorang Muslimah kepada para niqabis.

 

Syuhara Suriati

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia