NGO Belia terima Sijil Penarafan 5 Bintang

SERI KEMBANGAN – Sebanyak tujuh pertubuhan belia telah berjaya merangkul pengiktirafan Sijil Penarafan 5 Bintang (2020) bagi Pertubuhan Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

Majlis serahan oleh Register of Youth (ROY) itu telah disempurnakan di Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBS WPKL) pada Isnin, 7 Februari lalu.

 

Pertubuhan-pertubuhan belia yang meraih pengiktirafan ialah Pertubuhan Pemuda Gema Malaysia (GEMA), Junior Chamber International Malaysia, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Persatuan Belia Seri Cempaka.

 

Selain itu, Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia Kawasan Lembah Pantai, Pergerakan Belia Inspirasi dan Persatuan Belia Xian Lian Malaysia Wilayah Persekutuan juga menerima pengiktirafan tersebut.

 

Anugerah telah disampaikan sendiri oleh Pengarah JBS WPKL, Tuan Asmori Sa’ahari.

 

GEMA diwakili oleh Naib Presiden II, Sdr Mohammad Amar Masuri dan Setiausaha Agung, Sdri Afeefah Fakhruldin bagi menerima anugerah tersebut.

 

Penarafan bagi pertubuhan-pertubuhan belia yang dinilai mengambil beberapa kriteria iaitu:

  1. Mesyuarat Agung – Laporan mesyuarat perlu terperinci
  2. Keahlian – Had umur perlu dipatuhi
  3. Kewangan – Perbelanjaan perlu mengikut perlembagaan organisasi
  4. Aktiviti – Keberkesanan aktiviti organisasi kepada komuniti
  5. AJK – Pengiktirafan dan pencapaian AJK atau persatuan (oleh pihak lain)

 

Tahniah kepada pertubuhan-pertubuhan belia tersebut atas kejayaan mengemudi organisasi dengan cemerlang.

 

Semoga pengiktirafan ini menaikkan semangat untuk terus memperbaiki tadbir urus, selain daripada membanyakkan usaha untuk mencari pelapis pada masa akan datang.

 

Pada 2019, GEMA pertama kali menerima Anugerah 5 Bintang bagi pertubuhan belia peringkat kebangsaan oleh ROY. Info lanjut pertubuhan ini boleh dilayari di pautan https://b.my/pemudagema

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia