Negeri Sembilan juara Piala Bola Sepak Harmoni

Pasukan tuan rumah menjulang trofi selepas menewaskan Selangor 3-1 dalam perlawanan akhir pada Ahad, 19 Mac 2017. Piala kejohanan disampaikan oleh Datuk Santokh Singh, Penaung Kehormat kejohanan.

Perlawanan separuh akhir dan akhir kejohanan itu telah diadakan pada Ahad manakala peringkat kumpulan perlawanan pada hari sebelumnya. Empat negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Johor, Kedah dan Perak pula tersingkir pada peringkat kumpulan.

Pada peringkat separuh akhir, Selangor berjaya mengikat Pulau Pinang 1-1 dan menang dalam penentuan sepakan penalti 3-2 untuk mara ke perlawanan akhir menentang Negeri Sembilan yang menewaskan Kuala Lumpur 2-0 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Di tempat perlawanan ketiga, Pulau Pinang meraih kemenangan selepas menewaskan Kuala Lumpur 2-1 dalam penentuan penalti selepas seri tanpa jaringan.

Turut hadir memeriahkan kejohanan Datuk Shukor Salleh, Penaung Kehormat, Pengerusi GBM, Hj Zaid Kamaruddin dan Pengerusi Kejohanan, Prof. Madya Hj Badlishah Sham Baharin serta wakil-wakil penganjur.

Piala Bola Sepak Harmoni yang julung kali diadakan bertemakan “Hidup Bersama, Main Bersama” dengan inisiatif Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan kejohanan peringkat kebangsaan telah diselaraskan bersama oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Kuala Lumpur & Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH), Tamil Foundation dan Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST).

Objektif kejohanan ini adalah untuk membantu membina persahabatan dalam kalangan belia daripada masyarakat etnik yang berbeza dan untuk menggalakkan interaksi dan persefahaman yang lebih baik antara mereka melalui permainan yang paling popular di Malaysia iaitu bola sepak.

Keunikan kejohanan ini adalah setiap pasukan bola sepak yang mengambil bahagian perlu mempunyai pemain sekurang-kurangnya daripada tiga etnik di Malaysia dan tidak lebih daripada enam pemain dalam satu-satu etnik.

Ditaja oleh Sahajidah Hai-O Marketing Sdn Bhd, tiga legenda bola sepak negara iaitu Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun dan Datuk Shukor Salleh menjadi Penaung Kehormat untuk kejohanan ini.

Kejohanan di peringkat negeri telah diadakan dari Disember 2016 hingga Februari 2017 dan juara setiap negeri dipilih untuk ke pusingan akhir pada 18-19 Mac 2017.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia