Negara masih di bawah 100,000 kes

Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 72.08 juta berikutan lebih 650,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.

 

Sebanyak 35 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes, yang mana kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.

 

Manakala, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melepasi 1.61 juta kes di seluruh dunia. Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 298,685 kes, diikuti Brazil dengan 181,123 kes.

 

Dalam pada itu, sehingga semalam, Malaysia terus mencatatkan empat angka bagi kes harian baharu Covid-19 apabila 1,229 kes direkodkan dengan empat lagi kematian.

 

“Jumlah keseluruhan kes di negara kini ialah 83,475 dengan jumlah kes aktif sebanyak 13,667, manakala angka korban akibat pandemik itu setakat ini ialah 415 orang,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,227 kes.

 

“Selangor masih merekodkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 435 dengan 344 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang giat dijalankan di lapangan diikuti Sabah (333 kes) dan Kuala Lumpur (131 kes).”

 

Menurutnya, jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,309 kes dan sehingga kini, terdapat 115 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 65 kes memerlukan bantuan pernafasan.

 

Dalam perkembangan berkaitan, mulai hari ini, tempoh perintah pengawasan dan pemerhatian bagi pengembara yang pulang dari luar negara serta pengurusan kontak rapat di Malaysia dikurangkan daripada 14 hari kepada 10 hari.

 

“Ia terpakai bagi perintah pengawasan dan pemerhatian di pusat kuarantin yang diwartakan atau di tempat kediaman. Ini bersesuaian dengan semakan bukti saintifik klinikal terkini mendapati bahawa risiko jangkitan pasca-kuarantin akan berkurangan mengikut tempoh masa kuarantin,” ujar Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Beliau berkata, sehingga kini, beberapa negara telah menyemak semula tempoh kuarantin wajib masing-masing.

 

“United Kingdom, Jerman dan Belgium telah menurunkan tempoh kuarantin daripada 14 hari kepada 10 hari, manakala Perancis pula telah mengambil tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Syawal Permulaan Baharu. Raya bersama IKRAM dengan klik gambar di bawah.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia