Negara hina kerana rasuah

Suap atau hadiah yang berbentuk wang ringgit, harta benda yang bernilai, tawaran jawatan, pangkat, layanan istimewa atau segala kelebihan yang diperoleh bagi mendapatkan sesuatu keistimewaan dan kemudahan dengan kadar segera atau memberi kemudaratan kepada orang lain boleh dikategorikan sebagai RASUAH.

 

Firman Allah SWT:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُوا بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُوا فَرِيقًا مِّنْأَمْوَالِ النَّاسِ بِالْإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian daripada harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

 

Dr Yusuf al-Qaradawi ketika membicarakan ayat 188 Surah al-Baqarah ini, beliau menyatakan bahawa الرشوة (rasuah) termasuk dalam definisi memakan harta secara batil.

 

Seorang mukmin yang faham dan memberi penghayatan sebenar bagi ayat ini pasti waspada dalam setiap tindak-tanduknya ketika bermuamalah bersama manusia. Kerisauan sering bermain di benak fikirannya merenung apakah ada dosa yang terpalit akibat ketirisan, pecah amanah atau penyelewengan.

 

Malangnya, dunia yang semakin berkembang pesat dengan teknologi serba canggih dan negara yang semakin meningkat maju dirosakkan dengan ‘pemandangan buruk’ pelanggaran etika sosial dan nilai  segelintir golongan yang cuba menjadikan amalan rasuah sebagai perkara picisan bahkan ‘hulur’ ingin dinormalisasi dalam setiap inci kehidupan.

 

Lebih malang, apabila rasuah yang bermain dalam kalangan atasan, bangsawan atau elitis ditutup dengan justifikasi dari pelbagai pihak, sama ada dengan dalil-dalil agama atau hujah-hujah dusta bersalut nista, amat jijik sekali.

 

Apakah mereka lupa bagaimana Rasulullah SAW menolak rayuan Usamah bin Zaid tentang hukuman ke atas wanita Bani Makhzum? Sungguh, umat ini akan hancur sekiranya berterusan menutup mata kebobrokan dan kerosakan yang sedang terjadi di hadapan kita. 

 

Sesungguhnya telah binasa golongan-golongan terdahulu kerana membiarkan golongan mulia (atasan) yang mencuri daripada dihukum, sedangkan jika golongan marhaen (rakyat bawahan) mencuri, mereka dihukum dengan hukuman hudud. Aku bersumpah dengan nama Allah, sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya aku sendiri yang akan memotong tangannya. (Hadis Riwayat Tirmizi, No. 1430)

 

Lihat kedudukan Malaysia di mata dunia dalam indeks rasuah (The Coverage, 26 Januari 2022). Kita berada pada kedudukan yang bukan sahaja memalukan, malah bakal menyaksikan pelbagai implikasi negatif berikutan hilang percaya negara luar terhadap Malaysia. 

 

Ketidakstabilan politik, kepincangan dalam sistem pendidikan, kejatuhan ekonomi dan keruntuhan nilai dalam masyarakat  juga banyak terkait dengan berleluasanya amalan rasuah di semua peringkat.

 

Terlalu besar kefasadan dan kehancuran akibat rasuah yang bermaharajalela hari ini sehingga mengakibatkan ramai rakyat sengsara secara diam kerana masih ramai yang belum sedar kejijikan najis rasuah ini! 

 

Firman Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang dilakukan tangan manusia; kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian balasan perbuatan buruk yang mereka lakukan, supaya mereka kembali.” (Ar-Rum: 41)

 

Sebagai pengakhiran, najis rasuah perlu diperangi habis-habisan sehebat penentangan kita terhadap najis dadah.

 

Kita boleh saksikan dan ambil pengajaran dari jiran kita, Indonesia yang sedang berkembang megah ekonominya atas usaha pemimpin-pemimpin yang diketuai Presidennya, Joko Widodo.

 

Mereka berwawasan jauh menghapus dan membanteras barah rasuah sehingga ke akar umbi bagi memastikan ketelusan dan kelicinan dalam setiap urusan pentadbiran.

 

Ayuh Malaysia dan seluruh isinya, perangi rasuah bermati-matian!

 

Wan Abdul Rahman Wan Ibrisam Fikry
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia