Nasihat, teguran biar berhemah

Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah.

 

Mutakhir ini, rata-rata kita dapati orang menegur atau menasihati orang lain dengan cara yang tertentu, ada yang kasar, sindiran, nasihat panjang lebar, jenaka dan sebagainya terutama teguran-teguran yang dibuat di media sosial.

Menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintahkan oleh Islam. Untuk menegur atau menasihati individu perlu strategi yang tepat agar teguran itu menghasilkan perubahan yang baik bagi orang yang ditegur.

Allah SWT berfirman, “Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.” (An-Nahl: 125)

Di media massa atau media sosial bukan setakat menghukum, orang ramai juga lebih suka memaki, mencaci, menghina dan menabur fitnah tanpa membuat sebarang siasatan terhadap sesuatu. Menegur jangan sampai mengaibkan seseorang.

Rasulullah SAW bersabda, “Siapa saja antara kamu yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan terlemah.” (Hadis Riwayat Muslim)

Salah strategi dalam menegur hanya akan mengakibatkan kebencian yang mendalam.

Ada tiga kunci sukses dalam menegur. Pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur kerana secara psikologi, apabila ego seseorang direndahkan, dia akan membuat pertahanan diri untuk menyelamatkan egonya daripada tercalar.

Kedua, cari waktu yang tepat. Salah waktu membuat teguran difahami sebaliknya. Niat untuk meluruskan kesalahan pun tidak akan tercapai.

Ketiga, fahami posisi sosial orang yang ditegur. Jangan sampai teguran dianggap sebagai ancaman bagi kedudukan orang yang kita tegur. Mungkin dia sebagai ketua atau mempunyai status.

Ada tatacara dan adab yang perlu kita ambil perhatian dalam menasihati dan menegur dengan cara yang baik, antaranya ialah berilah nasihat dan teguran dengan bahasa dan suara yang lembut, janganlah sesekali kita menasihati dan menegur dengan suara yang tinggi dan menggunakan bahasa yang angkuh atau seumpamanya, kerana kita menasihati dan menegur bukan untuk mendedahkan aib orang.

Firman Allah SWT dalam Surah Taha ayat 44:

“Maka kamu katakan kepadanya kata-kata yang lemah-lembut, mudah-mudahan dia beringat (sedar) atau takut (kepada Tuhan).”

Elakkanlah daripada menasihati dan menegur kesalahan di depan orang ramai, nasihati dan tegurlah ketika dia sedang bersendirian atau ketika berada di tempat yang tertutup, berilah nasihat dan teguran dengan adab bukannya dengan cara yang menimbulkan perasaan malu kepada orang yang ditegur.

Berilah nasihat dan teguran dengan menggunakan perkataan-perkataan yang baik dan bermanfaat agar tidak menyinggung perasaan orang yang ditegur, memilih perkataan yang sesuai agar orang itu tidak berasa terhina dan rendah diri. Berilah nasihat dengan akal fikiran dan hati bukannya dengan emosi.

Orang yang menasihati dan menegur hendaklah meminta maaf selepas membuat teguran kerana tujuan meminta maaf itu adalah untuk memujuk perasaan orang yang ditegur supaya jangan terasa hati kerana nasihat dan teguran yang diberikan.

Sentiasa bersangka baik terhadap orang yang kita nasihati dan tegur, kerana mungkin mereka tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan. Firman Allah SWT dalam Al-Hujurat ayat 12:

“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa…”

Jika merujuk kepada tafsiran Imam al-Qurtubi, beliau menyebut bahawa ayat ini menyuruh para pendakwah supaya menyebarkan dakwah dan memberikan nasihat kepada ‘orang-orang Islam’ secara khususnya dengan cara yang penuh bijaksana, lemah lembut dan penuh strategi.

Para pendakwah mestilah menjauhi sifat kasar dan keras ketika menegur dan memberikan nasihat agar orang yang ditegur tidak merasa malu dan tidak melarikan diri sekali gus matlamat dakwah menjadi realiti dan terlaksana.

“Mukmin itu menasihati dan menutup (aib dan kesalahan), Orang yang jahat itu menyingkap dan mendedahkan(aib dan kesalahan).” (Fudhail bin Iyadh, Kitab Al-Wafi syarah Matan Al-Arbain An-Nawawiyyah)

Daripada Tamim ad-Dari, bahawa Nabi SAW bersabda: “Agama itu nasihat.” Kami bertanya: “Kepada siapa?” Baginda bersabda: “Kepada Allah, kepada kitab-Nya, kepada Rasul-Nya, kepada para pemimpin kaum Muslimin, dan kaum Muslimin secara umum.” (HR Muslim)

Berjalan sampai ke batas, berlayar sampai ke pulau. Benang jangan terputus, tepung jangan terserak.

Abd Aziz Ishak
Pesara Pensyarah

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia