Naib Presiden IKRAM Bertemu Menteri Luar Jerman

Naib Presiden IKRAM Bertemu Menteri Luar Jerman

PUTRAJAYA – Naib Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Profesor Dr Hanim Salleh hari ini dijemput untuk bertemu Menteri Luar Jerman, Annalena Baerbock bagi berbincang mengenai peranan wanita Islam di Malaysia.

Menurut beliau, IKRAM sebagai NGO Islam yang moderat (wasatiy) dan progresif memainkan peranan meningkatkan kesedaran tentang peranan wanita dalam menjayakan pembinaan negara.

“Walaupun kepimpinan wanita masih perlu ditingkatkan, namun ia bukan disebabkan isu diskriminasi tetapi mungkin adalah pilihan wanita untuk menyumbang dalam pelbagai bentuk,” katanya.

Turut dibincangkan ialah peranan wanita dan orang muda, serta ruang penambaikan pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia dalam konteks wanita.

Selain Prof Hanim, turut dijemput dalam pertemuan itu adalah Dr Fatin Majdina daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Rozana Isa daripada Sisters in Islam (SIS).

Dalam Isu Palestin, Annalena Baerbock menyatakan, untuk gencatan senjata dilaksanakan di sana, ia memerlukan Hamas melucutkan senjata untuk Israel menghentikan serangan.

“Namun IKRAM, ABIM dan SIS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut dan memberi penegasan keperluan untuk gencatan senjata bagi kedua-dua belah pihak serta menghentikan genosid dan peperangan,” jelas Prof Hanim.

Menteri Luar Jerman itu mengadakan lawatan rasmi ke Melaysia hari ini, dalam rangka lawatannya ke rantau Asia Tenggara.

Selain membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan bertemu rakan sejawat, Datuk Seri Mohamad Hasan, beliau mengambil peluang berinteraksi dengan wakil-wakil NGO Islam tempatan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia