MyGMJ 2013 meriah, sokongan padu pembebasan Jerusalem

Majlis turut dihadiri oleh Exco Selangor, YB Rodziah Ismail, ADUN Taman Medan, YB Haniza Talha, para pimpinan Pertubuhan IKRAM Malaysia, Aqsa Syarif, Viva Palestina Malaysia (VPM), Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM), Persatuan Mawaddah Malaysia dan al-Quds Foundation Malaysia (QFM), yang memberikan sokongan penuh terhadap penganjuran MyGMJ.

Dalam ucapan pembukaan oleh Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi Aqsa Syarif katanya, Baitul Maqdis masih lagi ditawan, tetapi waktu pembebasan Masjid al-Aqsa dan Baitul Maqdis amat dekat.

“Buktinya adalah perjuangan pada malam ini (GMJ), di sini dan 40 buah negara di seluruh dunia.”

Tambahnya, pada saat yang sama, di waktu yang sama, ada perhimpunan GMJ di Gaza, Kaherah dan banyak bandar-bandar utama di dunia, melaungkan bahasa kemenangan dengan slogan yang sama iaitu “From the river to the sea, Palestine will be free.”

Selepas solat Isyak berjemaah, Konvoi Membebaskan Palestin seramai lebih 130 peserta daripada 7 kelab bermotor melalui dataran dan menyerahkan bendera Palestin kepada Pengerusi MyGMJ, Dr Mohd Tahir Abdul Rahman, sebagai sokongan terhadap pembebasan Palestin.

Foto: Dr Hafidzi dan Konvoi Pembebasan Palestin

Majlis yang dihoskan oleh DJ Idris dan pengacara TV Al-Hijrah, Iman Dzulkefly diteruskan dengan ucapan Pengerusi VPM, Dr Musa Nordin yang juga Timbalan Pengerusi MyGMJ.

“Ini adalah GMJ kita. Ini adalah jiwa dan raga kita bersama untuk Palestin, untuk keamanan, kerana Jerusalem adalah kota keamanan dan keagamaan yang bersejarah.

Selama berabad, penganut Islam, Kristian dan Yahudi tinggal secara aman di Jerusalem. “

Foto: Dr Musa, hos (Iman & DJ Idris) dan lintas langsung dari Kaherah

Tambahnya, kerana  itulah kita ingin mengembalikan ketenangan dan keamanan kepada Jerusalem, di seluruh dunia.

“Kemanusiaan sedang berhimpun hari ini ke arah keamanan Jerusalem,” ujarnya.

Seterusnya, hadirin mengikuti lintas langsung sambutan GMJ di Kaherah, Mesir oleh wakil delegasi Kelab IKRAM Mesir, Akrom Shamsuri.

Pengarah NGO Palestin di Malaysia, PCOM, Muslim Imran turut berucap menyampaikan penghargaan rakyat Palestin terhadap kesungguhan rakyat Malaysia membantu mereka.

Foto: Muslim, Dr Tahir dan hadirin

Dalam ucapan Pengerusi MyGMJ, Dr Tahir, katanya, kita berkumpul di Dataran Kemerdekaan Shah Alam untuk membawa impian dan harapan agar keadilan berlaku dan kewujudan bersama secara aman sekali lagi, yang akan menjadi wajah sebenar Jerusalem.

“Malam ini, buat kali kedua kita meraikan hari harapan, bukan sahaja untuk Palestin, tetapi juga untuk semua kemanusiaan termasuk kita, rakyat Malaysia,” tambahnya.

Seusai ucapan, lagu Tell Me Why didendangkan oleh para pelajar Sekolah Integrasi Masjid Darul Ehsan (SIMDE). Artis Universal Music, Jes Ibrahim seterusnya menghiasi malam MyGMJ dengan lagu Keamanan. Beliau yang pernah ke Gaza pada Januari lalu, turut mempersembahkan lagu We Will Not Go Down dengan gaya tersendiri.

Foto: Pelajar SIMDE, Jes Ibrahim dan Ibu Azlin

Puisi syahdu Tidurlah Anakku Palestina turut dideklamasikan oleh Ibu Azlin dan Suhaila daripada Rose2Rose sebagai menghormati dan mengingati perjuangan serta kesabaran para ibu di Palestin membesarkan anak mereka dalam keadaan peperangan.

Seterusnya persembahan Mu’adz dan kumpulan gendang Hafiz menggegarkan dataran dengan nasyid Arab, Nada al-Masjid dan lagu beliau sendiri berdasarkan hadis tentang segolongan pejuang di jalan Allah di sekitar Baitul Maqdis, Amrullah.

Malam MyGMJ tidak lengkap jika tidak ada bacaan puisi bersahaja oleh Pak Agi. Beliau telah mempersembahkan puisi berlagunya yang bertajuk Palestin Tidak Boleh Mati di mana tajuk ini dilaungkan semula oleh para hadirin setiap kali Pak Agi menyebutnya.

Foto: Mu’adz, Pak Agi dan tarian Dabka

Sebagai penghargaan sokongan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin, tarian tradisi Palestin, Dabka dipersembahkan dengan penuh bertenaga oleh para pemuda Palestin di Malaysia. Hadirin turut mengikut lintas langsung sambutan GMJ di Gaza oleh Ketua delegasi Malaysia, Ustaz Abdul Haris Bain.

MyGMJ dimeriahkan lagi dengan persembahan Yasin dengan lagu ciptaan beliau semasa bersama kumpulan nasyid Brothers,  Satu Perjuangan, sebagai mesej kesatuan perjuangan ke arah keamanan di Palestin.

Foto: Lintas langsung dari Gaza, Yasin dan Faizal Tahir

Lagu Gemuruh pula bergemuruh pada malam MyGMJ nyanyian Faizal Tahir diiringi dengan flash mob oleh 80 pelajar IPT. Yasin dan Faizal Tahir juga buat pertama kali bersama mempersembahkan lagu terbaru mereka, Berani.

Foto: Flash mob

Biarpun hujan renyai sejak jam 11.00 malam, hadirin tidak berganjak mengikuti persembahan bertenaga flash mob dengan lagu We Will Not Go Down, Gelombang Keadilan dan Stand Up yang turut dinyanyikan oleh Mu’adz.

Foto: Flash mob, Mu’adz dan kibaran bendera Palestin oleh hadirin

Malam MyGMJ berakhir dengan selawat beramai-ramai, mendoakan keberkatan serta pembebasan Baitul Maqdis dan Palestin. Tahniah kepada penganjur dan para hadirin yang memberikan sokongan padu. Bertemu lagi dalam MyGMJ 2014, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia