MyCARE Santuni Anak Yatim, Asnaf Tajaan di Filipina

SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menganjurkan Misi Kemanusiaan Filipina pada 26 Jun hingga 2 Julai lalu, sekali gus meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama masyarakat Islam di sana.

Misi MyCARE ini dianggotai Pengerusi, Dato’ Seri Ir Dr Kamal Nasharuddin Mustapha, Pengurus Besar Operasi Puan Roha Hassan, Pengurus Bahagian Penajaan Puan Raimi Sayuti dan Eksekutif Ahmad Harith Zuleffendi.

Misi Kemanusiaan ke Filipina kali ini bertujuan menyampaikan sumbangan penajaan anak-anak yatim dan asnaf di Bulacan dan Pulau Cebu serta menyantuni dan memantau perkembangan mereka yang ditaja MyCARE sejak 2016.

Di Bulacan, kumpulan misi ini  menziarahi sebuah rumah yang dimiliki Puan Norhaya, dihuni 20 orang ahli keluarga yang terdiri daripada anak-anak yatim, asnaf dan ibu tunggal, termasuk dua orang anak yatim yang ditaja MYCARE.

Anggota misi juga sempat menziarahi seorang ibu tunggal yang terpaksa berpisah dengan anak-anaknya sejak 10 tahun yang lalu setelah kematian suaminya.

Akibat dihimpit kemiskinan, beliau hanya mampu menanggung tiga daripada tujuh orang anak-anaknya, manakala empat lagi dijaga oleh ahli keluarganya yang lain secara berasingan.

Seorang lagi anak yatim yang ditaja MyCARE iaitu Aishah Alisya merupakan pelajar cemerlang yang sanggup menempuh perjalanan ke sekolah selama sejam dengan berjalan kaki setiap hari, dan beliau bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran di Malaysia dalam bidang pendidikan dan bahasa Arab.

Dalam pada itu, MyCARE turut memantau perkembangan dan mendapatkan status semasa Madrasah Bulacan sekali gus mengagihkan sumbangan kepada para guru madrasah.

Misi kali ini juga berjaya melaksanakan aktiviti korban untuk dua ekor lembu tajaan Yayasan Buruj di Masjid Al Ihsaan sempena program MyQurbani.

Sebanyak 135 bungkus daging dan 500 bungkusan makanan telah berjaya diagihkan kepada keluarga anak yatim dan asnaf serta komuniti setempat, manakala aktiviti memasak dibuat secara bergotong-royong bagi menyediakan jamuan untuk 500 orang.

Di samping itu, anggota misi telah mengunjungi Madrasah Al Ehsan Al Islamiyyah dan dihiburkan dengan persembahan oleh anak-anak yatim yang merupakan pelajar di sana. 

Madrasah ini mempunyai 155 orang pelajar tajaan MyCARE yang merupakan satu-satunya madrasah untuk anak-anak daripada komuniti sekitar Bulacan mendapatkan pendidikan Islam, melibatkan tenaga pengajar 12 orang ustaz dan ustazah.

Dalam kunjungan ini, MyCARE telah menyampaikan sumbangan elaun kepada semua guru dan 27 sukarelawan madrasah yang terlibat.

MyCARE juga terlibat dalam pembangunan madrasah ini yang mana setingkat lagi sedang dalam pembinaan bagi  menampung pembelajaran lebih ramai pelajar, di samping  akan dimanfaatkan untuk pengajian Islam bagi golongan dewasa dan aktiviti kemahiran komuniti setempat.

Misi Kemanusiaan Filipina turut bergerak ke Cebu Island bagi menyantuni  pelajar asnaf di sana. Ini merupakan tahun ketiga pihak MyCARE bekerjasama dengan pihak The Katabbayayong Centre for Change and Awareness (KCCA).

Seramai 30 orang pelajar asnaf dari pelbagai universiti di Pulau Cebu beroleh tajaan MyCARE, daripada pelbagai bidang antaranya pendidikan, sains politik dan lain-lain.

Majlis penyampaian tajaan di Cebu ini diserikan lagi dengan perkongsian istimewa oleh Dato’ Seri Kamal Nasharuddin yang memberikan beberapa tip bermanfaat agar mereka bersungguh-sungguh supaya menjadi pelajar yang berjaya dan cemerlang.

Untuk menyumbang, sila klik pautan-pautan berikut:

  1. Kempen Umum Asnaf

https://mycare.qrd.by/asnaf

  1. MyCARE Education Fund (MEF)

https://mycare.qrd.by/learningcentre

  1. Kempen Umum Anak Yatim

https://mycare.qrd.by/tajayatim

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia