Kempen ini seterusnya dapat membantu mereka meringankan beban untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri pada tahun ini.
Beberapa projek akan dilaksanakan oleh MyCARE bersama agensi-agensinya Aqsa Syarif, i4Syria, Nusantara Care, Rose2Rose dan Salam Iraq yang akan berlangsung bermula pada 16 Jun sehingga 16 Julai ini.
Dalam satu sidang media pada Selasa lalu, Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor berkata kempen pada tahun ini menyasarkan kutipan sebanyak RM7 juta berupa empat bentuk bantuan pakej sumbangan bagi penajaan sahur, penajaan iftar, penajaan pek makanan serta penajaaan hadiah hari raya.
Jelas beliau, pembahagian bantuan tersebut akan diberikan kepada masyarakat di Gaza, Masjid al-Aqsa, kem pelarian Syria, kem pelarian di Iraq serta pelarian Rohingya.
“Daripada jumlah ini, 50 peratus akan disalurkan ke Palestin, 20 peratus ke Syria, 10 peratus ke Iraq dan 20 peratus kepada etnik Rohingya dan beberapa projek di nusantara.
“Pembahagian peratusan di negara yang akan dibantu adalah berdasarkan keperluan di setiap negara itu, sebagai contoh Palestin yang memerlukan lebih banyak bantuan sumbangan,” katanya.
Tambahnya lagi, MyCARE turut mengatur Program Imam Ramadhan 2015 dengan membawa 26 imam termasuk dari Syria, Iraq dan Palestin.
“Imam-imam ini akan ditempatkan di masjid-masjid terpilih di seluruh negara bagi mengimamkan solat tarawih dan menyampaikan tazkirah serta berkongsi cerita mengenai negara-negara mereka bagi memberi pencerahan kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.
Bentuk pakej sumbangan bagi Kempen Raikan Ramadhan MyCARE adalah seperti berikut:
- Penajaan Sahur RM20/set
- Penajaan Iftar RM50/set
- Penajaan Hadiah Hari Raya (Eid Gift) RM150/set
- Penajaan Pek Makanan Keperluan RM300/set untuk keluarga miskin
Dr Hafidzi sekali lagi menyeru rakyat Malaysia menyumbang sambil beramal kepada mereka yang memerlukan dengan menyalurkan sumbangan kepada Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank Islamic 551575-004299, Bank Islam Malaysia Berhad 1209-20100-34904 atau CIMB 8602-135-592.
Bagi mendapatkan resit atau pengesahan sumbangan, sila hantarkan maklumat berikut ke alamat e-mel account@mycare.org.my atau +6019-6551948 (whatsapp, telegram, atau sms sahaja):
- Maklumat peribadi (nama penuh, nombor telefon, alamat surat menyurat ,dan emel),
- Bukti transaksi (tarikh, masa, bank, dan jumlah sumbangan)
- Nyatakan destinasi negara/tujuan sumbangan (contoh: Palestin/Sahur)
Pengesahan sumbangan akan diterima melalui sms atau emel. Semua sumbangan yang tidak dimaklumkan tujuannya, akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah bagi tujuan umum. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pejabat MyCARE di talian 03-8941 2341.