MyCARE hantar 10 trak konvoi bantuan ke Gaza

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 10 trak konvoi bantuan pek makanan telah diagihkan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui MyCARE yang berjumlah RM500,000.

 

“Bantuan kali ini telah berjaya mengagihkan 4,000 pek makanan kepada golongan yang memerlukan di seluruh semenanjung Gaza yang telah memberi manfaat kepada 24,000 orang,” lapor MyCARE dalam satu hantaran di Facebooknya. 

 

Tambahnya, sebelum proses pengagihan ini dilaksanakan, MyCARE Gaza mengiklankan tender terbuka kepada syarikat dan pembekal yang berminat untuk menawarkan servis dan harga yang berpatutan.

 

“Contohnya, jika dua pembekal telah menepati semua syarat dan kelayakan, kami akan memilih pembekal yang mampu menawarkan harga terendah dengan kualiti terbaik, dengan ini kami dapat memaksimumkan jumlah penerima manfaat.”

 

Tambahan pula, MyCARE turut bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Hal Ehwal Sosial bagi mendapatkan data terperinci mengenai golongan yang memerlukan di seluruh Gaza.

 

“Ini bermaksud sumbangan anda sampai tepat kepada penerima yang benar-benar memerlukan bantuan.”

 

Selain itu, NGO itu juga bekerjasama dengan pihak polis tempatan dan mematuhi SOP sepanjang konvoi ini berlangsung.

 

“MyCARE telah menyalurkan sumbangan secara berperingkat ke Palestin sejak Ramadan lalu dengan nilai sumbangan RM2.2 juta.”

 

Bantuan ini melibatkan bantuan kewangan dari segi pek makanan, perubatan dan kelengkapan rumah seperti tilam dan bantal dan projek infrastruktur. 

 

Kempen ‘Bina Palestin’ ini adalah kempen jangka panjang anjuran MyCARE bertujuan membina semula Gaza termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina rumah penduduk Gaza yang telah hancur dibedil rejim Zionis serta bantuan perubatan dan makanan.

 

“Di samping itu, MyCARE juga turut membantu melahirkan usahawan kecil dalam pelbagai sektor ekonomi seperti petani dan nelayan di Gaza, hasil yang diusahakan ini juga dibekalkan untuk penyaluran bantuan masyarakat sekeliling.”

 

Bagi mereka yang ingin menyumbang dalam kempen ‘Bina Palestin’ boleh melayari pautan mycare.qrd.by/palestin.

 

Pada masa sama, MyCARE juga tidak melupakan rakyat Malaysia yang sedang dihimpit krisis pandemik ini. 

 

“Kami sedang menjalankan bantuan ‘Bangkit COVID’, sebuah kempen berterusan  yang mana bantuan dari sudut bekalan makanan, perubatan, kelengkapan hospital, pendidikan dan wang ringgit telah diagihkan sejak PKP 1.0.”

 

Untuk info lanjut pelbagai inisiatif bantuan kemanusiaan oleh MyCARE, sila layari www.donate.mycare.org.my.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia