MyCARE, Econsave sumbang perahu untuk nelayan Palu

Selepas melancarkan kempen Perahu4Palu sejak Oktober lalu, kini sumbangan pelbagai pihak, terutamanya rakyat Malaysia yang prihatin diserahkan kepada golongan tersebut bagi membolehkan nelayan terlibat meneruskan kehidupan mencari rezeki menyara keluarga masing-masing.

Pengurus Operasi Econsave Wilayah Selatan, Mas Imran Adam berkata, pada misi kali kedua ini, pihaknya dan MyCARE yang dibantu oleh sebuah NGO negara ini, PKPU Human Initiative menyerahkan sebanyak 30 buah perahu berserta injin dan jaring kepada nelayan di tiga perkampungan nelayan di sini.

“Setiap perahu berserta enjin dan jaring dianggarkan berharga RM2,500.”

“Dengan sumbangan ini, golongan nelayan tersebut dapat meneruskan pekerjaan mereka untuk menyara keluarga. Dalam kejadian tsunami tahun lalu, perahu dan kelengkapan menangkap ikan mereka musnah dan hingga kini tidak dapat turun ke laut,” katanya ditemui selepas majlis penyerahan perahu di Kampung Loli Dondo, di sini petang semalam.

Mas Imran memberitahu, sejak dilancarkan pada Oktober tahun lalu, Tabung Gempa Lombok dan Palu yang diletakkan di lebih 70 pasar raya Econsave di seluruh negara menerima lebih RM250,000 sumbangan daripada orang ramai dan akan diteruskan supaya lebih ramai mangsa bencana itu menerima bantuan berkenaan.

Selain menyerahkan 10 buah perahu pada fasa pertama di Kampung Loli Dondo, delegasi misi kemanusiaan turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian dan pek makanan kepada golongan kanak-kanak.

Sementara itu, ketua misi, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar berkata, pihaknya dimaklumkan daripada 32 nelayan di kampung tersebut, hanya tiga orang yang dapat terus turun ke laut kerana perahu mereka tidak rosak dibadai tsunami lalu.

“Yang lain hingga kini tidak dapat mencari rezeki kerana tidak ada kelengkapan dan kita harap mereka dapat meneruskan pekerjaan masing-masing apabila menerima sumbangan perahu nanti.

“Selain di kampung ini, kita juga akan sampaikan sumbangan serupa di dua buah perkampungan nelayan lain.”

Sumber: Utusan Online

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia