MyCARE Anjur Program Persediaan Hadapi Banjir

MyCARE Anjur Program Persediaan Hadapi Banjir | IKRAM

SUBANG JAYA – MyCARE dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah menganjurkan program Disaster Risk Reduction di SMK USJ 23 pada Isnin, 31 Oktober lalu.

Seramai 100 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah mendapat taklimat mengenai pengurusan bencana, kesiapsiagaan dan peranan NGO oleh Angkatan Pertahanan Awam Daerah Petaling, Mejar (PA) Juddie Turusi dan Eksekutif Projek MyCARE, Muhamad Afiq Zharif Abd Aziz.

Turut hadir Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Ustaz Fauzan Rosli dan Pengetua SMK USJ 23, Pn Rosliyah Samiun.

Sehari sebelumnya, MyCARE dengan kerjasama APM, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cawangan Subang Jaya telah menganjurkan program yang sama bersama komuniti Kampung Seri Langkas Tambahan, Puchong.

Para peserta terdiri daripada AJK Persatuan Penduduk dan penduduk sekitar telah mendapat taklimat mengenai pengurusan bencana dan pengurusan Pusat Perpindahan Sementara daripada Mejar (PA) Juddie dan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat JKM, Pn Noor Anida Abdul Hamid.

Dalam program itu juga, MyCARE menyerahkan 20 set jaket keselamatan dan satu pelampung keselamatan bagi tujuan kesiapsiagaan bagi penduduk kampung tersebut.

MyCARE turut mengaktifkan Tabung Persediaan Bencana dan Kecemasan bagi menghadapi sebarang kemungkinan terutamanya bencana banjir pada musim tengkujuh. Salurkan sumbangan anda di pautan https://mycare.qrd.by/bencana.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia