Tajaan berbuka untuk 500 orang penduduk kampung ini adalah sebahagian daripada agenda Misi Kemanusiaan MyCARE (NICE – Nusantara CARE) ke Myanmar (MMM1) diketuai oleh Ahli BoT MyCARE, Dr Muhammad Munawar Mohamed Hatta.
Misi ini telah mengagihkan bantuan kepada komuniti Muslim di Myanmar dan juga Muslim Rohingya di Arakan melibatkan tiga lagi anggota misi pada 27 Jun sehingga hari ini.
Di samping itu, MyCARE turut mengagihkan bantuan Ramadan kepada pelarian Muslim Rohingya di Malaysia antaranya yang berada di Depot Imegresen Semenyih, Selangor dan Lenggeng, Negeri Sembilan.
Agihan bantuan di Semenyih, Lenggeng dan Ampang
Agihan sumbangan berupa 165 kotak kurma, 100 helai kain pelikat, 72 kotak susu nutrisi serta 50 helai sejadah telah diserahkan kepada pemangku kem komandan, Puan Rasidah di Kem Semenyih dan Tuan Nasir di Kem Lenggeng.
Dengan kerjasama pelajar pelatih daripada Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), MyCARE telah mengagihkan sumbangan yang terdiri daripada kurma, susu nutrisi serta alatan solat untuk lelaki dan wanita di Pusat Komuniti Rohingya Ampang.